Senarai Kadar Dividen KWSP Dari Dulu Hingga Terkini

By aiman

Published On:

Follow Us
sejarah kadar dividen kwsp

Ramai pencarum sebenarnya ingin mengetahui bagaimana prestasi kadar dividen KWSP dari tahun ke tahun. Setiap kali pengumuman dividen dibuat, pasti timbul persoalan sama ada kadar tersebut lebih tinggi atau lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Bersempena pengumuman dividen KWSP terkini, berikut dikongsikan penerangan ringkas serta rekod kadar dividen yang pernah diumumkan sebelum ini sebagai rujukan bersama.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kadar Dividen KWSP?

Sebelum melihat rekod terdahulu, elok difahami terlebih dahulu maksud kadar dividen KWSP. Secara asasnya, setiap caruman yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menerima agihan dividen setiap tahun.

kadar dividen kwsp

Bagi Simpanan Konvensional, kerajaan menjamin kadar dividen minimum sebanyak 2.50 peratus setahun. Manakala, bagi Simpanan Shariah pula, kadar dividen tidak ditetapkan pada kadar minimum yang sama.

Agihan adalah berdasarkan kepada prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diurus dan dilaksanakan oleh pihak KWSP. Ini bermakna jumlah dividen yang diterima bergantung sepenuhnya kepada pulangan pelaburan yang dicapai bagi tahun tersebut.

Rekod Sejarah Kadar Dividen KWSP

Jika diteliti semula rekod lampau, kadar dividen KWSP berubah mengikut keadaan ekonomi semasa serta prestasi pelaburan dana tersebut.

BACA JUGA : Cara Semak Dividen KWSP Secara Online

Berikut merupakan sejarah dan senarai kadar dividen KWSP untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah untuk tempoh 10 tahun hingga ke yang terkini :

TahunKonvensional (%)Shariah (%)
20165.70
20176.906.40
20186.155.90
20195.455.00
20205.204.90
20216.105.65
20225.354.75
20235.505.40
20246.306.30
20256.156.15

Daripada jadual ini, ianya menunjukkan setiap tahun yang mencatatkan kadar lebih tinggi dan ada juga tahun yang sedikit menurun. Semua maklumat rasmi berkaitan sejarah kadar dividen ini boleh dirujuk melalui portal rasmi KWSP.

Senarai kadar dividen dari tahun-tahun terdahulu hingga yang terkini biasanya dipaparkan secara terperinci oleh KWSP bagi membolehkan pencarum membuat perbandingan.

Melalui rekod ini, pencarum boleh menilai trend prestasi simpanan mereka dalam jangka masa panjang serta memahami bagaimana faktor ekonomi global dan tempatan mempengaruhi pulangan tahunan.

Semakan Maklumat Caruman Melalui i-Akaun

Selain mengetahui kadar dividen tahunan, pencarum juga boleh menyemak butiran simpanan masing-masing secara dalam talian. Anda boleh semak di portal i-akaun di https://iakaun.kwsp.gov.my/ atau melalui aplikasi mobile.

Melalui i-Akaun, antara maklumat yang boleh diakses termasuk jumlah caruman terkini, penyata tahunan, pecahan Akaun 1 dan Akaun 2, rekod transaksi, serta jumlah dividen yang telah dikreditkan.

BACA JUGA : Cara Semak Dan Download Penyata KWSP Daripada i-Akaun

Kemudahan ini membantu pencarum memantau perkembangan simpanan persaraan mereka dengan lebih sistematik dan telus.

Dengan memahami maksud kadar dividen serta melihat sejarah agihan sebelum ini, pencarum dapat membuat perancangan kewangan yang lebih baik untuk masa hadapan.

Sumber : KWSP

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now