Setiap tahun, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menantikan pengumuman kadar dividen yang diberikan.
Dividen KWSP adalah pulangan ke atas simpanan yang membantu ahli menambah jumlah simpanan persaraan mereka. Oleh itu, penting untuk mengetahui cara menyemak dividen KWSP dengan mudah dan tepat.
Disini akan ditunjukkan langkah-langkah untuk menyemak dividen KWSP menggunakan pelbagai kaedah, termasuk i-Akaun KWSP dan aplikasi mobile. Anda boleh semak secara online terus dari rumah sahaja.
Berapa Kadar Dividen Terbaru Kali Ini?
Dividen KWSP adalah keuntungan tahunan yang dikreditkan ke dalam akaun ahli berdasarkan pelaburan yang dilakukan oleh KWSP.
Kadar dividen berbeza setiap tahun bergantung pada prestasi pelaburan dan keadaan ekonomi semasa. Biasanya, kadar dividen akan diumumkan pada suku pertama tahun berikutnya.
Berikut merupakan Kadar Dividen (%) yang diumumkan sehingga hari ini bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah
Tahun | Simpanan Konvensional (%) | Simpanan Shariah (%) |
---|---|---|
2020 | 5.20 | 4.90 |
2021 | 6.10 | 5.65 |
2022 | 5.35 | 4.75 |
2023 | 5.50 | 5.40 |
2024 | 6.30 | 6.30 |
2025 | ??? | ??? |
Cara Menyemak Dividen KWSP
1. Melalui i-Akaun KWSP (Online)
Langkah paling mudah untuk menyemak dividen KWSP adalah melalui portal rasmi i-Akaun. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Layari laman web i-Akaun di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Klik pada butang โLog Masukโ dan pilih i-Akaun (Ahli).
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan anda.
- Setelah berjaya log masuk, pilih tab Penyata.
- Lihat jumlah dividen yang dikreditkan ke dalam akaun anda untuk tahun terkini.

2. Menggunakan Aplikasi KWSP i-Akaun
KWSP juga menyediakan aplikasi mudah alih yang membolehkan anda menyemak dividen dengan lebih pantas. Berikut adalah cara menggunakannya:
- Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Log masuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang sama dengan i-Akaun.
- Pada Laman Utama, semak pada bahagian โDividenโ; akan dipaparkan jumlah dividen yang diperoleh berdasarkan kadar dividen yang diumumkan

Untuk lebih terperinci, pada Laman Utama, klik butang โdownloadโ dan pilih โMuat Turun Penyataโ mengikut tahun yang anda inginkan. Disini akan dipaparkan berapa dividen yang diagihkan mengikut akaun 1, akaun 2 dan akaun 3.

3. Semakan Melalui Kiosk KWSP
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses ke internet atau lebih suka semakan secara fizikal, anda boleh ke kiosk KWSP yang terdapat di cawangan KWSP terdekat:
- Pergi ke mana-mana kiosk KWSP berdekatan.
- Gunakan MyKad atau nombor ahli KWSP untuk log masuk.
- Pilih menu Penyata Akaun.
- Cetak penyata dan semak jumlah dividen yang dikreditkan.

4. Semakan Melalui Pusat Khidmat Pelanggan KWSP
Jika anda memerlukan bantuan lebih lanjut, boleh juga menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KWSP:
- Talian rasmi KWSP: 03-89226000
- Waktu operasi: Isnin โ Jumaat (8:00 pagi โ 5:00 petang)
Pegawai KWSP akan membantu menyemak dividen serta memberikan maklumat berkaitan akaun anda.
Bila KWSP Umumkan Dividen?
Pengumuman kadar dividen KWSP biasanya dibuat pada suku pertama tahun berikutnya, sekitar Februari atau Mac. Selepas pengumuman rasmi, jumlah dividen akan terus dikreditkan ke dalam akaun ahli.
Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Dividen KWSP
Beberapa faktor yang mempengaruhi kadar dividen KWSP termasuk:
- Prestasi pelaburan KWSP โ Keuntungan dari pelaburan dalam saham, bon, hartanah, dan instrumen lain.
- Keadaan ekonomi global โ Faktor seperti inflasi, kadar faedah, dan ketidaktentuan pasaran kewangan.
- Polisi pelaburan KWSP โ Strategi KWSP dalam memastikan pulangan yang mampan untuk ahli.
Info Lanjut
Dengan kemudahan seperti i-Akaun KWSP, aplikasi mobile, kiosk KWSP, dan talian khidmat pelanggan, ahli boleh menyemak dividen dengan cepat dan mudah yang juga boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Pastikan anda menyemak kadar dividen setiap tahun dan merancang kewangan anda dengan lebih baik untuk masa depan.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi KWSP atau ikuti media sosial rasmi KWSP bagi pengumuman terkini.