Penyata KWSP merupakan dokumen penting bagi pencarum untuk menyemak baki simpanan, rekod caruman, serta transaksi terkini yang telah dibuat. Tahukah anda, pihak KWSP telah menyediakan langkah mudah untuk buat semakan iaitu menggunakan i-Akaun.
Dengan adanya i-Akaun, anda bukan sahaja boleh semak penyata KWSP untuk setiap tahun, tetapi anda boleh download penyata tersebut dan proses ini boleh dibuat secara online tanpa perlu ke kaunter cawangan.
Proses ini bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan masa kerana boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Jika anda inginkan penyata sebagai rujukan, anda boleh terus download di laptop atau pada smartphone anda.
BACA JUGA : Cara Semak Dividen KWSP
Mungkin ada yang ingin membeli rumah, buat loan, atau sekadar menyemak baki terkini, penyata KWSP diperlukan sebagai dokumen sokongan. Dengan i-Akaun, anda boleh mengakses penyata tahunan atau penyata terkini dalam beberapa langkah mudah.
Cara Download Penyata KWSP Di i-Akaun Secara Online
Selain daripada download, platform ini juga membolehkan anda semak status caruman bulanan dan melakukan transaksi lain secara digital. Adakah majikan anda carum untuk anda atau tidak, boleh terus guna i-Akaun sahaja.
Jom kita tengok langkah-langkah dan cara download penyata akaun KWSP menerusi platform i-Akaun. Panduan ini adalah menggunakan platform laman web. Anda boleh juga menggunakan aplikasi i-Akaun dengan cara yang sama.
1) Buka portal rasmi i-Akaun di https://iakaun.kwsp.gov.my/ dan kemudian dengan masukkan ID Pengguna (No MyKad) dan password

2) Anda akan dibawa ke halaman utama. Kemudian klik pula Simpanan yang terletak pada bahagian kiri skrin dan pilih Akaun Simpanan anda dengan tekan Lihat Butiran

3) Disinilah anda boleh semak penyata KWSP anda untuk setiap tahun. Jumlah simpanan bagi ketiga-tiga akaun, semak status carumah, dividen yang diperoleh dan sebagainya.
4) Klik pada Muat Turun Penyata untuk download Penyata KWSP mengikut tahun yang dipilih

Anda akan dapat satu file .pdf untuk penyata KWSP tahun semasa. Jadi anda boleh penyata untuk untuk pelbagai urusan. Dipaparkan segala transaksi yang berlaku sepanjang tahun dengan lengkap.

Cara Download Penyata KWSP Di Aplikasi i-Akaun
- Buka aplikasi i-Akaun dan Log Masuk dengan menggunakan ID dan password seperti biasa
- Pada halaman utama, pilih tab Simpanan
- Pada akaun Simpanan anda, klik Lihat Butiran
- Disini anda dipaparkan segala transaksi dan caruman ahli
- Untuk download, klik pada butang download yang terletak pada bucu kanan atas
- Pilih tahun dan tekan Muat Turun Penyata
Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang ingin semak dan juga download penyata KWSP menerusi i-Akaun yang boleh dilakukan secara online sahaja