Nuzul Quran 2026 : Tarikh & Senarai Negeri Bercuti

By aiman

Published On:

Follow Us
cuti hari nuzul quran

Semak Tarikh Nuzul Quran 2026 dan Senarai Cuti Umum Bagi Setiap Negeri

Setiap kali masuk bulan Ramadan, ramai yang mula semak kalendar untuk tengok tarikh penting termasuk cuti umum. Salah satu tarikh yang selalu ditunggu ialah Hari Nuzul Quran. Jadi tidak hairanlah carian berkaitan Senarai Negeri Bercuti Hari Nuzul Quran 2026 mula meningkat lebih awal.

BACA JUGA : Contoh Ucapan Sempena Hari Nuzul Quran 2026

Ramai yang masih keliru sama ada semua negeri dapat cuti atau hanya negeri tertentu sahaja. Perkara ini penting terutamanya untuk ibu bapa yang merancang perjalanan balik kampung, pekerja swasta yang mahu mohon cuti awal, dan pelajar yang ingin tahu sama ada perlu hadir ke sekolah atau tidak.

Untuk tahun 2026, jangkaan Tarikh Nuzul Quran 2026 jatuh pada pertengahan Ramadan, iaitu sekitar bulan Mac 2026. Namun begitu, tidak semua negeri di Malaysia mengisytiharkannya sebagai cuti umum. Jadi jom kita tengok senarai penuh dibawah.

Senarai Negeri Yang Bercuti Pada Hari Nuzul Quran 2026

Hari Nuzul Quran disambut pada 17 Ramadan setiap tahun. Walaupun ia peristiwa penting dalam sejarah Islam, cutinya bergantung kepada keputusan kerajaan negeri masing-masing.

Umat Islam mula berpuasa 1 Ramadan 1447H pada 19 Februari 2026. Jadi untuk tahun ini, 17 Ramadan 1447H jatuh pada 7 Mac 2026 iaitu pada hari Sabtu.

Berikut ialah Senarai Negeri Bercuti Hari Nuzul Quran 2026 :

  1. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)
  2. Kelantan
  3. Pahang
  4. Perak
  5. Perlis
  6. Pulau Pinang
  7. Selangor
  8. Terengganu

Negeri-negeri ini lazimnya mengisytiharkan Cuti Nuzul Quran 2026 sebagai cuti umum peringkat negeri.

Lazimnya sekiranya hari cuti umum jadi pada hari Sabtu, tiada cuti ganti pada hari Isnin. Jadi untuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor hanya bercuti pada hari Sabtu sahaja.

Namun ianya berbeza untuk negeri yang hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu. Untuk Kelantan dan Terengganu, cuti akan diganti pada hari Ahad.

Negeri Yang Tidak Bercuti Nuzul Quran 2026

Bagi negeri berikut, Hari Nuzul Quran kebiasaannya bukan cuti umum:

  • Johor
  • Kedah
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Sabah
  • Sarawak

Penduduk di negeri ini biasanya bekerja dan bersekolah seperti biasa kecuali jika ada pengumuman khas daripada kerajaan negeri.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now