Senarai Lokasi Pasar Malam Muar Tahun 2024

By aiman

Published on:

lokasi pasar malam muar johor

Pasar malam Muar pastinya menjadi tumpuan penduduk setempat bagi mendapakan pelbagai jenis makanan dan barangan harian pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan di negeri Johor.

Pasar malam salah satu lokasi yang digemari oleh rakyat Malaysia bagi mendapatkan pelbagai pilihan juadah makanan terutamanya pada waktu malam. Selain itu, ramai juga yang hadir kerana ingin menikmati suasana yang unik tiada di tempat lain.

BACA JUGA : Pasar Malam Johor Bahru Dan Waktu Operasi

Advertisements

Setiap lokasi Pasar Malam Muar, pengunjung atau pembeli boleh temui pelbagai jenis hidangan tradisional Melayu, Cina dan India, di samping barangan pakaian, aksesori, barangan basah dan keperluan harian.

Di sinilah, anda boleh dapatkan makanan seperti sate, murtabak, keropok lekor, putu piring, putu mayam, ayam goreng, pizza, churros, pelbagai kuih tradisional, disamping air minuman yang pelbagai.

Senarai Lokasi Pasar Malam Muar Untuk Tahun 2024

Berikut merupakan senarai lokasi Pasar Malam Muar near me yang berada di negeri Johor beserta hari yang mana setiap daripadanya beroperasi dari pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam

  • Isnin – Stadium Bukit Kepong, Pagoh
  • Selasa – Sg. Abong, Bukit Pasir
  • Rabu – Bukit Bakri, Parit Bakar
  • Khamis – Gombang
  • Jumaat – Taman Marin
  • Sabtu – Parit Yusof, Pesta Bakri
  • Ahad – Panchor, Parit Jawa

Setiap lokasi pasar malamMuar mempunyai keunikan tersendiri, sama ada dari segi makanan, barangan yang dijual atau suasana persekitarannya.

Advertisements

Dengan adanya senarai pasar malam yang dikongsikan ini, anda dapat merancang waktu bila hari yang sesuai untuk datang ke mana-mana lokasi Pasar Malam Muar ini.

Senarai ini, adalah dikeluarkan oleh pihak PBT sendiri iaitu menerusi Majlis Perbandaran Muar (MPM)

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment