[Lokasi] Senarai Pasar Malam Kuantan 2024

By aiman

Published on:

pasar malam kuantan

Pasti ramai yang mencari kat mana pasar malam Kuantan dibuka. Kalau dah tahu, nanti senang lah nak datang dan dapatkan juadah makanan untuk santapan makan petang atau untuk makan malam.

Kuantan merupakan ibu negeri Pahang. Jadi pasti, ianya sebuah kawasan yang luas. Selain daripada binaan infrastruktu, di Kuantan juga sebenarnya banyak pasar malam yang dibuka untuk orang ramai datang ke sini.

Advertisements

Oleh itu, orang ramai boleh la dapatkan pelbagai juadah makan dan minuman serta barang basah dengan harga yang lebih berpatutan. Pilihan banyak, dibuka di satu tempat dan harga yang ditawarkan pun murah.

Di pasar malam lah, anda boleh cari menu seperti ayam goreng, nasi goreng, mi goreng, putu mayam, laksa, puding raja, ayam gunting dan sebagainya. Ada juga jualan minuman dengan pelbagai perisa dan rasa.

Tidak cukup dengan itu, di pasar malam Kuantan juga ada menjual barangan basah seperti ikan, ayam segar, sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan dan pelbagai lagi. Ada juga yang menjual pakaian dan barangan permainan kanak-kanak.

Advertisements

Senarai Lokasi Pasar Malam Kuantan Tahun 2024

Kalau anda baru sahaja berpindah ke Kuantan, mungkin masih belum biasa dengan tempat baru, jadi boleh tengok sini disediakan senarai lokasi pasar malam Kuantan terbaru untuk tahun 2024. Waktu operasi bermula pada jam 5.00 petang hingga 10.00 malam

Isnin

  • Beserah
  • Indera Mahkota 2
  • Jaya gading
  • Lorong Alor Akar 15
  • Balok Makmur
  • Taman Dahlia Singa Emas
  • Sungai Isap Jaya
  • Pandan Satu (Hadapan Airport)

Selasa

  • Taman Tas
  • Indera Mahkota 2
  • Peramu
  • Taman Impianku
  • Indera Sempurna
  • Nirwana Batu 3

Rabu

  • Balok
  • Cenderawasih
  • Taman Seri Mahkota Aman (Batu 11)
  • Bkt. Rangin

Khamis

  • Lorong Sekilau 46
  • Perhentian Gambang
  • Kempadan Perdana
  • Inderapura
  • Indera Mahkota 14
  • Taman Dato’ Rashid
  • Beserah

Jumaat

  • Indera Mahkota
  • Kuantan Garden
  • Sg. Karang
  • Balok Perdana
  • Pandan Damai (Lubuk Puyu)
  • Taman Impianku

Sabtu

  • Sg. Isap
  • Taman Sentosa
  • UTC Pahang

Ahad

  • Taman Gelora
  • Tanjung Pasir
  • Taman Seri Mahkota ( Batu 12)
  • Jalan Gambang
  • Kempadang Perdana (PAKR)
  • Nirwana Batu 3

Semoga perkongsikan lokasi pasar malam Kuantan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Tempatan Negeri Pahang ini bermanfaat untuk anda.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment