Selepas 10 minggu berlangsung, kini kita bakal dapat ketahui senarai pemenang The Hardest Singing Show untuk tahun 2024. Dikatakan sebuah pertandingan nyanyian paling susah.
Buat pertama kali, Astro membawakan sebuah pertandingan nyanyian tetapi lebih mengfokuskan kepada persembahan atau ‘shomanship’ yang menjadi kriteria utama dalam penilaian oleh juri setiap minggu.
The Hardest Singing Show membawakan konsep ‘kreativiti tanpa had’ dimana menguji stamina, ketahanan mantal dan kreativiti peserta semasa persembahan sambil memberikan kebolehan vokal yang baik.
Selain itu, setiap persembahan juga, peserta perlu mencipta ‘Wow Moment’ yang mana menjadi antara peranan penting dalam pemarkahan, sekali gus mengelakkan bagi tersingkir setiap minggu.
Untuk musim pertama ini, terdapat 9 peserta bintang kesemuanya iaitu Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza dan satu kumpulan trio iaitu De Fam yang disertai oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Senarai Peserta Akhir The Hardest Singing Show 2024
Untuk peringkat akhir atau final The Hardest Singing Show, hanya terdapat 6 peserta sahaja yang layak dan telah berjaya setiap minggu daripada tersingkir. Mereka ialah :
- Zizi Kirana
- Ayda Jebat
- Stacy
- Aisha Retno
- Putera Muhammad
- Aepul Roza
Kesemua peserta ini layak dan berpeluang menjadi pemenang The Hardest Singin Show 2024 sekali gus membawa hadiah wang tunai utama sebanyak RM150,000. Pemenang tempat keenam hingga keempat, bawa pulang RM5,000. Tempat ketiga, RM10,000 dan naib juara menang RM20,000.
Siapakah agaknya yang berjaya memukau hati juri pada malam akhir tersebut?
![final senarai pemenang the hardest singing show 2024](https://notaria.my/wp-content/uploads/2024/07/final-the-hardest-singing-show-2024.webp)
Senarai Pemenang The Hardest Singing Show 2024
Pemenang The Hardest Singing Show ditentukan 100% oleh markah juri yang terdiri daripada Dato’ Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak sebagai juri tetap, disamping seorang juri jemputan.
Program ini juga diserikan dengan gandingan pengacara Nabil Ahmad bersama artis seberang Indonesia iaitu Rina Nose.
Aksi final The Hardest Singing Show 2024 berlangsung pada 14 Julai 2024, hari Ahad pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.
Berikut merupakan senarai pemenang The Hardest Singing Show 2024, bagi kedudukan juara, naib juara, tempat ketiga, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam.
Kejuaraan | Peserta | Jumlah Markah |
Juara | Aepul Roza | 82.30% |
Naib Juara | Ayda Jebat | 80.81% |
Tempat Ke-3 | Stacy | 75.09% |
Tempat Ke-4 | Aisha Retno | 74.69% |
Tempat Ke-5 | Putera Muhammad | 73.51% |
Tempat Ke-6 | Zizi Kirana | 63.39% |
Tahniah kepada Aepul Roza muncul juara The Hardest Singing Show musim pertama tahun 2024.