Nampaknya dah ramai risau, terutamanya yang ingin travel ke China. Katanya jika powerbank tiada logo CCC ianya tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam flight dan akan dirampas.
Seperti yang dilaporkan oleh CNA, penumpang kapal terbang di China tidak lagi dibenarkan untuk membawa powerbank yang tidak mempunyai logo rasmi China Cumpulsory Certification (CCC).
Pengumuman ini dibuat seperti yang tertulis pada notis yang dikeluarkan oleh CAAC yang mana ianya dikuatkuasakan mulai Sabtu, 28 Jun 2025. Ianya dibuat susulan beberapa insiden kebakaran dalam pesawat yang dikatikan dengan pengecas mudah alih seperti powerbank.
Jadi nampaknya bagi mengelakkan powerbank dirampas apabila ke China, adalah sebaiknya anda tidak bawa barang tersebut atau dapatkan mana-mana powerbank yang mempunyai logo CCC padanya.
Senarai Powerbank Yang Mempunyai Logo CCC Yang Anda Boleh Dapatkan
Untuk persediaan, anda boleh dapatkan beberapa pilihan jenama powerbank yang mempunyai logo CCC seperti senarai dibawah :
1) Xiaomi Powerbank P15ZM

Antara powerbank yang memilih pensijilian keselamatan China (CCC) yang anda boleh dapatkana dalah menerusi jenama Xiaomi untuk model P15ZM. Saiz poket, tetapi membekalkan kapasiti sehingga 20,000 mAh (74Wh) yang masih boleh dibawa ke dalam kapal terbang.(<100Wh)
- Model : P15ZM
- Kapasiti : 20,000 mAh (74Wh)
- Jenis bateri : Lithium-ion Polymer
- Input : USB-C
- Output : USB-C terbina dalam : 33W / USB-A biasa : hingga 12V/1.67A
- Jumlah port : 3 output (USB-A, USB-C dan kabel USB-C)
- Saiz : 128mm x 73mm x 32mm
- Berat : 342g
- Keselamatan : China Cumpulsory Certification (CCC)
- Harga : RM81.00
2) CUCKTECH Mini Powerbank

Jika anda mencari powerbank yang memiliki sijil CCC tetapi dengan saiz yang kecil. Anda boleh dapatkan jenama CUCKTECH. Powerbank untuk travel harian atau emergency dengan ciri pantas dan praktikal
- Model : PB100
- Kapasiti : 10,000 mAh (36Wh)
- Paparan indikator : LED strip dinamik
- Port input : USB-C (30 W max)
- Port output : USB-A (hingga 33W)
- Saiz : 80 x 57.8 x 28.4 mm
- Berat : 200g
- Keselamatan : China Cumpulsory Certification (CCC)
- Harga : RM69.00
3) Pineng Powerbank 3C-Certified

Pineng PN‑876PD menawarkan pakej lengkap dalam saiz kecil: kabel terbina untuk Android dan iPhone, pengecasan pantas 22.5 W, ringan, tahan lasak, ada logo CCC dan jaminan setahun. Harga pun tak sampai RM100 pun.
BACA JUGA : Senarai Harga Siri iPhone 16 Terbaru
- Model : PN-876PD
- Kapasiti : 10,000 mAh
- Jenis bateri : Li-polymer
- Port input : USB-C (18W)
- Port output : USB-C (20W)
- Kabel terbina : USB-C (22.5W) / Lightning Cable
- Saiz : 98 x 54.5 x 29 mm
- Berat : 193g
- Sijil : CCC
4) MOMAX IP 117 Q.Mag

Selain memiliki sijil wajib daripada China (CCC), powerbank Momax ini memberikan kelainan berbanding pilihan yang lain sebelum ini. Anda akan dapat sebuah powerbank dengan kombinasi antara MagSafe bermagnet dan pengecasan berwayar 20 W. Sesuai untuk iPhone.
- Model : Momax IP117 Q.Mag X
- Kapasiti bateri : 10,000 mAh (37 Wh)
- Jenis bateri : Lithium-polymer
- Port : USB-C
- Standard pengecasan : PD 3.0, QC 3.0, Qi Wireless
- Sambungan Magnetik : Menyokong MagSafe
- Paparan bateri : Indikator LED
- Saiz : 107 x 68 x 13 mm
- Berat : 194g
- Sijil : CCC
- Harga : RM199.00
5) ROCK P95 Fast Charge

Mempunyai pengecasan pantas 22.5 W dua arah sesuai untuk iPhone dan Android serta tablet. Reka bentuk retro yang cantik. Boleh caj banyak peranti serentak dan pastinya lengkap dengan keselamatan bertaraf antarabangsa dan juga ada CCC tau.
- Model : P95
- Kapasiti : 10,000 mAh
- Pengecasan pantas : PD/QC/SCP 22.5 W
- Kabel terbina : USB-C & Lightining 22.5W
- Ciri tambahan : Skrin Digital
- Saiz : 114 x 70 x 31 mm
- Berat : 370g
- Pensijilan keselamtan : CCC, CE, FCC, RoHS
- Waranti : 12 bulan
- Harga : RM99.00
Powerbank CCC Yang Lain
Selain itu terdapat juga beberapa jenama dan model lain yang mempunyai pensijilan keselamatan China (CCC) seperti senarai dibawah :
- PINENG P701 – Beli Sini
- [CCC] UNEED Fast Charing Powerbank – Beli Sini
- Momax 1-Power X Pro – Beli Sini
- Remax RPP86 – Beli Sini
Itulah antara powerbank yang memilik Pesijilan Wajib China atau China Cumpulsory Certification (CCC) yang anda boleh dapatkan secara online di Malaysia. Nanti dah tak perlu risau kalau kena rampas bila berada di China nanti.