Senarai 16 Saluran Channel MYTV Terkini Termasuk Radio

By aiman

Published On:

Follow Us
senarai saluran channel mytv

Rasa nak tukar ke MYTV? Tapi tak tahu saluran apa yang ditawarkan? Bayangkan duduk santai di ruang tamu sambil menikmati saluran TV percuma dengan kualiti siaran digital yang lebih jelas.

MYTV hadir sebagai platform penyiaran digital yang menawarkan pelbagai saluran menarik untuk seisi keluarga tanpa perlu bayar yuran langganan bulanan. Sama ada anda peminat rancangan hiburan, drama tempatan, filem klasik, berita semasa mahupun rancangan kanak-kanak, ianya menyajikan pilihan kandungan yang sesuai dengan cita rasa ramai.

Bukan itu sahaja, selain daripada 16 saluran TV yang tersedia, MYTV juga menyediakan beberapa saluran radio popular yang membolehkan anda menikmati muzik, bual bicara dan berita sambil berehat atau melakukan kerja rumah.

senarai saluran channel mytv

Kepelbagaian kandungan ini menjadikan MYTV sebagai pilihan terbaik bagi mereka yang ingin berjimat tanpa mengorbankan hiburan dan informasi. Tak perlu fikir banyak, tak perlu bayar bulan-bulan untuk tengok tv kan.

Jom kita lihat dengan lebih dekat senarai lengkap saluran MYTV yang boleh dinikmati secara percuma di rumah, termasuk pilihan radio yang ditawarkan sekali.

Senarai Saluran Dan Channel MYTV Yang Ditawarkan

Setakat ini, MYTV telah menawarkan 16 saluran yang dipancarkan secara percuma terus dari tv anda di rumah. Berikut merupakan senarai lengkap :

Saluran TVNombor
TV1 (HD)101
TV2 (HD)102
TV3 (HD)103
TV5105
NTV7107
8TV108
TV9109
TV Okey (HD)110
Sports RTM (HD)111
Awesome TV (HD)112
TV6113
TV Alhijrah (HD)114
SUKETV116
Bernama News Channel (BNC)121
TV Sarawak (TVS) HD122
Berita Semasa RTM123

Saluran Radio

Berikut pula senarai 14 saluran Radio yang anda boleh dengar di MYTV, juga secara percuma :

Saluran RadioNombor
Nasional FM701
Traxx FM702
Minnal FM703
Ai FM704
Classic FM705
Asyik FM706
Sabah FM707
Sabah V FM708
Sarawak FM709
Wai FM710
Bernama Radio711
Hot FM712
Molek FM714
KOOL 10716

Selain itu, kini anda juga dapat menonton lebih banyak  kandungan menarik seperti filem-filem antarabangsa dan siri drama yang popular hanya dengan menggunakan peranti anda dimana sahaja secara percuma  dengan hanya muat turun aplikasi Mana-Mana atau di laman web https://www.mana2.my/.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now