Pastinya ramai yang tidak sabar untuk melihat pertarungan One Championship 2024 yang bakal berlangsung mempertemukan Johan Ghazali vs Tran Duy Nhat.
Johan Ghazali atau juga terkenal dengan panggila Jojo akan bertemu juara WMF Muay Thai lima kali (Nguyen Tran Duy Nhat) dari Vietnam pada 8 Jun 2024, hari Sabtu yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok.
Ini merupakan pertemuan yang istimewa. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tran Duy Nhat kini berumur 35 tahun dan pastinya mempunyai pengalaman yang luas berbanding Jojo.
Tetapi Jojo memiliki kelebihan daripada segi umur. Kini Jaguh muay thai negara itu lebih muda iaitu 18 tahun dan mempunyai jiwa yang muda juga. Pastinya akan mengintai segala peluang yang ada untuk tumbangkan lawan.
Pertarungan antara Johan Ghazali vs Tran Duy Nhat ini merupakan dalam kategori Flyweight Muay Thai. Selain itu terdapat juga pertarungan dalam kategori Catchweight Kickboxing, Lightweight Mixed Martial Arts, Muay Thai Featherweight World Championship dan banyak lagi.
Siaran Langsung Johan Ghazali vs Tran Duy Nhat – Live Streaming
Untuk pertarungan One 167, ianya akan berlangsung 8 Jun 2024, hari Sabtu bermula pada pukul 8.00 pagi mengkut waktu Malaysia di Impact Arena, Bangkok dengan melibatkan 10 pertarungan semuanya.
Jadi anda boleh saksikan kesemua pertarunga One 167 yang mana akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Supersport 2 (812) atau secara online di Astro Go. Tiada Astro, boleh strim menerusi platform Sooka.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di platform One Championships sendiri iaitu di https://watch.onefc.com/events/one167 secara percuma. Selain itu, boleh juga strim di Youtube One Championship. Jadual penuh disini.