Siaran Langsung Lee Zii Jia Di Indonesia Open 2024 (Jadual & Keputusan)

By aiman

Updated on:

lee zii jia

Disini kami kongsikan jadual perlawanan dan siaran langsung Lee Zii Jia yang beraksi dalam kejohanan BWF Indonesia Open 2024 berlangsung dari 4 hingga 9 Jun 2024 bertempat di Jakarta, Indonesia.

BACA JUGA : Jadual Penuh & Keputusan Indonesia Open 2024

Lee Zii Jia merupakan pemain badminton nombor satu negara yang membawa nama Malaysia dalam kejohanan Kapal Api Group Indonesia Open 2024.

Advertisements

Kejohanan ini merupakan yang ke-15 dalam kalendar BWF World Tour untuk edisi 2024. Ianya juga merupakan acara Super 1000 yang mana menawarkan mata ranking beserta hadiah wang tunai berjumlah USD1,300,000 atau sekitar RM4 juta.

Seperti dalam kejohanan lain juga, selain daripada perseorangan lelaki yang disertai oleh Lee Zii Jia, terdapat juga kategori perseorangan wanita, beregu lelaki, wanita dan campuran.

Siaran Langsung Lee Zii Jia Di Indonesia Open 2024

Setakat kejohanan ini berlangsung, Lee Zii Jia menduduki tangga ke-9 dalam rangking badminton dunia dan sudah pastinya menjadi pemain nombor 1 negara.

Anda boleh saksikan perlawanan siaran langsung Lee Zii Jia menerusi saluran Astro Supersport 4 (814) atau secara live streaming di Sooka atau youtube rasmi BWF di https://www.youtube.com/@bwftv

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan siaran langsung Lee Zii Jia sepanjang kejohanan Indonesia Open 2024 bermula di pusingan awal (round of 32).

Pusingan 32

4 Jun 2024 (Selasa) – Dijangka akan berlangsung pada jam 11.40 am. Tapi mungkin ada kelewatan daripada waktu sebenar

Advertisements
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Lee Zii Jia (MAS)2121
Ng Ka Long Angus (HKG)1716

Pusingan 16

6 Jun 2024 (Rabu)Dijangka akan berlangsung pada jam 8.00 pm. Tapi mungkin ada kelewatan daripada waktu sebenar

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Lee Zii Jia (MAS)202121
WENG Hong Yang (CHN)22916

Suku Akhir

7 Jun 2024 (Khamis)Dijangka akan berlangsung pada jam 4.10 pm. Tapi mungkin ada kelewatan daripada waktu sebenar

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Kunlavut Vitidsarn [8] (THA)2121
Lee Zii Jia (MAS)1617

Langkah Lee Zii Jia terhenti di Suku Akhir apabila tewas berdepan pemain pilihan kelapan kejohanan, Kunlavut Vitidsarn dengan keputusan 16-21,17-21

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment