Perlawanan Pra Musim 2025 diteruskan dan kini bakal berlangsung satu lagi perlawanan iaitu antara JDT vs Cardiff City yang merupakan perlawanan ketiga untuk pasukan Harimau Selatan setakat ini.
Pada perlawanan pertama bertemu Real Murcia Imperial, skuad bimbingan Ketua Jurulatih JDT yang baru iaitu Xisco Munoz berjaya meraih kemenangan. Keputusan berakhir dengan 4 jaringan gol tanpa balas.
Tidak cukup dengan itu, perlawanan kedua, rentak kemenangan JDT diteruskan apabila menang bertemu Costa City dengan keputusan 1-0. Ini pastinya menjadi tonik tambahan untuk memperkuatkan lagi keseluruhan skuad JDT bagi mengharungi musim baru akan datang.

Kini perlawanan JDT vs Cardiff City pula kita bakal dapat saksikan. Bagaimanakah juara 11 kali Liga Super ini akan berdepan dengan sebuah pasukan dari UK. Adakah keputusan positif sekali lagi mampu dicapai?
Cardiff City merupakan sebuah kelab bola sepak bertapak di Cardiff, Wales. Pasukan ini bermain di EFL League One iaitu liga tahap ketiga di England. Pasukan yang dikenali dengan gelaran Bluebirds kini dipimpin oleh Brian Barry-Murphy.
Siaran Langsung JDT vs Cardiff City (Live Streaming)
Untuk perlawanan antara JDT vs Cardiff City, ianya akan berlangsung pada 10 Julai 2025, hari Khamis, jam 1.00 pagi (waktu Malaysia) bertempat di Pinatar Arena di Murcia.
Sama seperti pada sebelumnya, sepanjang siri perlawanan pra musim Johor Darul Ta’zim, tiada tayangan siaran langsung di kaca tv sama ada di Astro mahupun saluran kerajaan di RTM.
Sekiranya anda ingin tonton secara live streaming, anda boleh dapatkan pas perlawanan dan strim di Cardiff City TV DISINI. Harga 5 Euro sahaja untuk satu perlawanan. Boleh strim dari Malaysia.
Keputusan Perlawanan
JDT vs Cardiff City
Masa : 1.00 AM (MYT)
Venue : Pinatar Arena, Murcia
Tayangan TV : tiada
Live Streaming : ~akan dikemaskini