Cara Bayar Bil Air RANHILL SAJ Secara Online (JOMPAY & Online Banking)

By aiman

Published on:

cara bayar bil air ranhill saj johor

Setiap bulan, tak boleh elak kena juga bayar bil air mengikut berapay banyak kita menggunakannya. Jadi artikel ini kongsikan cara bayar bil air RANHILL SAJ secara online iaitu menerusi Maybank2u dan JOMPAY sesuai untuk semua pengguna.

Sekarang zaman dah moden dengan memasuki era digital. Kalau dulu, contoh nak bayar bil air, kena pergi pejabat pengurusan atau bayar di pejabat pos. Kini segala urusan ini boleh dibuat di mana-mana sahaja secara online.

Dengan kemudahan ini, pembayaran bil anda kini lebih cepat dan mudah. Dah tak perlu untuk beratur di kaunter yang pastinya mengambil masa yang lama dan ada kos tambahan yang perlu dibayar seperti duit minyak, duit parking dan sebagainya.

Jadi khusus untuk penduduk di Johor yang mana RANHILL SAJ merupakan syarikat pembekal dan pengendali keperluan bekalan air bersih di negeri Johor. Jika di Selangor, ada Air Selangor. Di Pahang, ada PAIP dan sebagainya. Johor ada RANHILL SAJ.

Cara Bayar Bil Air RANHILL SAJ Secara Online

Untuk anda yang ingin bayar bil air RANHILL SAJ secara online, anda boleh menggunakan sama ada Maybank2u iaitu khusus untuk pengguna Maybank atau menggunakan JOMPAY yang mana setiap pengguna bank juga boleh lakukan.

Advertisements

a. Bayar Guna Maybank2u

Langkah 1 : Login seperti biasa akaun Maybank2u (www.maybank2u.com.my) anda

Langkah 2 : Pada halaman utama, klik pada tab ‘Pay & Transfer’

Langkah 3 : Pergi bahagian Pay. Kemudian pada Pay To, pilih ‘Payee’. Cari Ranhill Saj Sdn. Bhd. dan klik pada pilihan tersebut.

Langkah 4 : Masukkan jumlah bil air yang anda ingin bayar. Kemudian masukkan nombor akaun {water account no.) beserta nombor bil (bill no.). Maklumat tersebut, anda boleh rujuk pada bil air Ranhill Saj yang anda peroleh seperti gambar dibawah.

Jika sudah lengkap, klik pada butang ‘Pay’

Langkah 5 : Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai

b. Bayar Guna JOMPAY

Untuk JOMPAY, ianya tersedia di setiap perbankan online. Jadi anda boleh menggunakan kaedah ini sama ada di perbankan online CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam, BSN, RHB Bank dan sebagainya. Tapi tutorial bayar bil air Ranhill Saj ini menggunakan JOMPAY di Maybank2u.

Secara asasnya, langkah di setiap online banking hampir sama sahaja. Pastikan anda masukkan biller code yang betul.

Langkah 1 : Login seperti biasa akaun Maybank2u anda

Langkah 2 : Pada halaman utama, klik pada tab ‘Pay & Transfer’

Advertisements

Langkah 3 : Pada bahagian Pay To, pilih ‘JomPAY’ dan masukkan biller code = 3673 yang merujuk kepada Ranhill SAJ Sdn. Bhd.

Langkah 4 : Pada bahagian Ref-1 masukkan nombor akaun bil air anda {water account no.). Pada Ref-2, anda boleh masukkan nombor bil, nombor MyKad atau nombor telefon.

Jika sudah lengkah, tick pada ‘I hereby agree…’ dan klik ‘Pay’

Langkah 5 : Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai

Cara Lain Bayar Bil Air Ranhill SAJ

Untuk info, selain daripada pembayaran secara online menggunakan online banking dan JomPAY, terdapat juga cara lain untuk anda bayar bil air Ranhill SAJ, antaranya :

  • Kaunter pembayaran – Bank Islam, BSN, Post Malaysia dan Agensi SAJ
  • Kiosk – Mobility One, Paylink, MOL 7-Eleven, ePay
  • Semua pejabat Agensi Ranhill SAJ
  • Aplikasi MySAJ

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk bangsa Johor terutamanya yang ingin membuat pembayaran bil air Ranhill Saj Sdn. Bhd. secara online.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment