Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Real Murcia Imperial Pra-Musim 2025

By aiman

Updated On:

Follow Us
jdt vs real murcia imperial

Perlawanan pembukaan dalam siri pra musim kali ini bakal berlangsung mempertemukan JDT vs Real Murcia Imperial. Pasti ramai yang teruja untuk ketahui prestasi pasukan kegemaran mereka ini.

Johor Darul Ta’zim kini mempersiapkan pasukannya bagi mengharungi saingan musim baru kelak dengan mengadakan siri perlawanan persahabatan di Sepanyol. Pastinya ini menjadi persediaan yang penting.

Sepanjang tempoh pre season ini, JDT akan berdepan dengan 8 lawan dalam 8 perlawanan yang berbeza. Selain daripada pasukan bola sepak Sepanyol sendiri, JDT akan berdepan dengan wakil dari UK, Qatar dan Arab Saudi.

Persediaan ini penting bagi memperkuatkan lagi skuad Harimau Selatan yang akan bermain dalam Liga Malaysia, AFC Champions League Elite (ACLE) dan Piala Shopee. Semua akan berlangsung sepanjang musim 2025/2026.

Real Murcia Imperial atau dikenali juga dengan Real Murcia B bakal menjadi lawan pertama sepanjang JDT berkelana di Sepanyol. Ianya merupakan pasukan simpana Real Murcia yang kini bermain dalam  Tercera Federación – Group 13.

Siaran Lansung JDT vs Real Murcia Imperial

Pertembungan antara JDT vs Real Murcia Imperial akan dilangsung pada 6 Julai 2025, hari Isnin dengan waktu sepak mula adalah pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan atau sekitar jam 7.00 malam waktu Malaysia.

Setakat ini tiada pemakluman tayangan siaran langsung yang akan dibuat di kaca tv sama ada menerusi saluran Astro mahupun RTM. Tontonan live streaming akan diumumkan sekiranya ada dibuat dari semasa ke semasa.

Keputusan Perlawanan

FT : JDT (4) – (0) Real Murcia Imperial

  • Bergson Da Silva 5’
  • Jairo Da Silva 20’
  • Romel Morales 56’, 64’

Masa : 7.00 PM (MYT)
Venue : Melia Villaitana Training Ground
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : akan dikemaskini

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Real Murcia Imperial Pra-Musim 2025”

Comments are closed.