Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam [Live Streaming] Kelayakan Piala Asia 2027

By aiman

Updated On:

Follow Us
malaysia vs vietnam 2025

Perlawanan antara Malaysia vs Vietnam dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 bakal berlangsung pada Selasa, 10 Jun 2025, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini merupakan aksi kedua peringkat kumpulan bagi kedua-dua pasukan, dan dijangka menjadi antara pertembungan yang paling mencuri tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara.

BACA JUGA : Malaysia Meraih Kemenangan Pertama Ketika Bertemu Nepal Dalam Aksi Kumpulan F

Malaysia hadir ke perlawanan ini dengan misi yang jelas iaitu mendapatkan 3 mata penting bertemu pasukan yang lebih kuat. Untuk perbandingan, Malaysia di kedudukan 131 berbanding Vietnam di kedudukan ke-109 dunia dalam rangking FIFA.

Bukan itu sahaja, Harimau Malaya juga pastinya berhajat untuk memecahkan dominasi Vietnam yang telah menewaskan Harimau Malaya dalam lima pertemuan terakhir sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun begitu, rekod pertemuan di Bukit Jalil sedikit memihak kepada Malaysia. Daripada 23 pertemuan keseluruhan sejak 1991, hanya dua daripadanya berlangsung di Stadium Nasional, dan Malaysia mencatat satu kemenangan serta satu keputusan seri. Faktor bermain di laman sendiri dijangka memberi kelebihan dari segi moral dan sokongan penyokong.

Pemain Warisan Harimau Malaya Kini Menjadi Tumpuan Ramai

Antara tumpuan utama perlawanan ini ialah kemunculan beberapa pemain berdarah warisan seperti Imanol Machuca, Jon Irazabal, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo dan Facundo Garces, yang menyertai skuad kebangsaan secara rasmi.

Mereka melengkapkan senarai tujuh pemain warisan baharu di bawah inisiatif pembaharuan pasukan kebangsaan yang diketuai oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam

Siaran langsung perlawanan ini boleh ditonton menerusi Astro Arena Bola (saluran 803), serta saluran RTM seperti TV Okey dan Sukan RTM. Penonton juga boleh menonton secara live streaming di Sooka atau RTM Klik, dengan RTM menawarkan akses percuma.

Malaysia vs Vietnam bukan sekadar aksi kumpulan, tetapi simbol kebangkitan dan harapan baharu buat Harimau Malaya.

Keputusan Perlawanan

FT : Malaysia (4) – (0) Vietnam

  • J. Figueiredo 49′
  • R. Holgado 59′
  • L. Corbin-Ong 67′
  • D. Cools 88′

Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Arena Bola 803 & TV Okey
Live Streaming : Sooka & RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment