Tonton Live Streaming Malaysia vs Nepal Di RTMKLIK Secara Percuma

By aiman

Published On:

Follow Us
rtmklik

Buat peminat bola sepak tanah air, berita baik untuk anda! Perlawanan antara Malaysia vs Nepal akan disiarkan secara langsung di RTM menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Anda juga boleh menonton live streaming secara percuma di RTMKLIK tanpa sebarang bayaran.

Pasukan Harimau Malaya yang kini dibawah Ketua Jurulatih Baru, Peter Cklamovski bakal turun ke padang dalam aksi pembukaan bagi kempen Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027 menentang Nepal.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 25 Mac 2025, hari Selasa jam 10.00 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. Ini merupakan aksi pertama bagi Malaysia dalam saingan Kumpulan F, di mana skuad negara telah diundi bersama Vietnam, Nepal, dan Laos.

Kemenangan dalam perlawanan ini sangat penting bagi pasukan negara untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan dan meningkatkan peluang mara ke pusingan seterusnya.

Cara Tonton Live Streaming Malaysia vs Nepal

Bagi peminat bola sepak yang ingin menonton perlawanan Malaysia vs Nepal ini secara live streaming, anda boleh mengakses siaran langsung secara percuma melalui platform RTMKLIK.

Anda hanya perlu melayari laman web rasmi di https://rtmklik.rtm.gov.my/ atau download aplikasi RTMKLIK di telefon pintar menerusi Google Play Store atau Apple App Store. Kemudian, pilih saluran TV Okey atau Sukan RTM untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung secara percuma.

Dengan adanya kemudahan siaran langsung ini, peminat Harimau Malaya boleh menyaksikan aksi pasukan kesayangan mereka di mana sahaja tanpa perlu risau tentang langganan berbayar.

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyokong skuad negara dalam perlawanan penting ini. Jom bersama-sama memberi sokongan penuh kepada Harimau Malaya dalam kempen AFC Asian Cup Saudi Arabia 2027.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Tonton Live Streaming Malaysia vs Nepal Di RTMKLIK Secara Percuma”

Leave a Comment