Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 (Pusingan Ketiga) dalam pertemuan Malaysia vs Nepal. Perlawanan ini sangat penting kerana ia merupakan langkah pertama skuad Harimau Malaya dalam usaha mereka untuk melayakkan diri ke Pial Asia 2027.
BACA JUGA : Jadual Penuh Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027 (Pusingan Ketiga)
Dengan kehadiran ketua jurulatih baharu, Peter Cklamovski, dan dua pemain warisan, Hector Hevel serta Gabriel Palmero, Malaysia dijangka tampil dengan corak permainan yang lebih segar dan dinamik. Mungkin diturukan atau tidak, kita saksikan nanti.
Dalam sejarah pertemuan, Malaysia mempunyai rekod yang lebih baik berbanding Nepal. Namun, kejayaan Nepal menewaskan Singapura baru-baru ini menunjukkan mereka bukan pasukan yang boleh dipandang rendah.
Oleh itu, skuad Harimau Malaya perlu tampil dengan strategi terbaik bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan ini. Penyokong juga tidak sabar untuk menyaksikan bagaimana pasukan negara akan beraksi dalam perlawanan penting ini.

Jalan Terakhir Untuk Malaysia Layak Ke Piala Asia
Selepas tersingkir dalam kempen Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia sebelum ini, skuad Harimau Malaya kini mempunyai peluang kedua dan terakhir untuk mendapatkan tiket ke Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Arab Saudi. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Laos, dan Nepal.
Perlawanan diadakan secara timbal balik untuk dua pusingan. Hanya juara kumpulan yang akan mara secara automatik ke Piala Asia 2027. Oleh itu, setiap perlawanan adalah penting bagi memastikan Malaysia dapat mengutip mata penuh dan mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan.
Bagi Malaysia, perlawanan pertama ini sangat penting untuk memberikan permulaan yang baik. Kemenangan akan memberi kelebihan psikologi kepada skuad Harimau Malaya untuk terus berjuang dalam baki perlawanan kumpulan selepas ini.
Selain itu, kehadiran ketua jurulatih baharu, Peter Cklamovski, juga menambah elemen kejutan dalam pasukan. Jurulatih dari Australia ini dijangka membawa pendekatan taktikal yang lebih moden dan berintensiti tinggi.
Selain itu, penyertaan dua pemain warisan, Hector Hevel dan Gabriel Palmero, juga menjadi tumpuan dalam perlawanan ini. Kedua-dua pemain ini dijangka membawa dimensi baru kepada permainan Malaysia sekiranya diturunkan kelak. Penyokong pastinya ingin melihat bagaimana mereka beraksi dalam debut rasmi bersama Harimau Malaya.
Pertemuan Malaysia vs Nepal Dalam Aksi Pertama
Perlawanan Malaysia vs Nepal merupakan perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027. Ini juga merupakan perlawanan kedua dalam kumpulan F selepas Vietnam vs Laos yang telah bermula lebih awal.
Dalam kalendar FIFA, ini merupakan perlawanan pertama untuk Harimau Malaya pada tahun ini, namun bagi Nepal, ini adalah perlawanan kedua mereka selepas menentang Singapura dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Singapura pada Jumaat yang lalu. Keputusan perlawanan tersebut mengejutkan apabila Nepal berjaya menewaskan Singapura dengan jaringan 1-0.
Dari segi ranking FIFA, Malaysia kini berada di kedudukan ke-132 dunia, manakala Nepal di kedudukan ke-175. Secara atas kertas, skuad Harimau Malaya mempunyai kelebihan, lebih-lebih lagi bermain di halaman sendiri. Tambahan pula, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada Mac 2024 menyaksikan Malaysia menang selesa 4-1 ke atas Nepal.
Namun, kemenangan mengejutkan Nepal ke atas Singapura memberi isyarat bahawa mereka bukan pasukan yang boleh dipandang rendah. Ini pasti menjadi perlawanan yang mencabar buat Malaysia. Oleh itu, barisan pertahanan Malaysia perlu berwaspada untuk mengelakkan kesilapan mudah.
Siaran Langsung Malaysia vs Nepal
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan Malaysia vs Nepal yang akan berlangsung pada Selasa ini, 25 Mac 2024. Sepak mula dijadualkan akan bermula pada jam 10.00 malam dan akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
BACA JUGA : Cara Tonton Live Streaming Di RTM KLIK
Siaran langsung boleh ditonton menerusi Astro di saluran Astro Arena Bola 803 dan boleh ditonton secara online melalui aplikasi Astro Go dan Sooka. Selain itu, turut disiarkan menerusi RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Live streaming juga boleh diakses di RTMKLIK menerusi portal rasmi dan aplikasi mobile RTM.
Keputusan Perlawanan
FT : Malaysia (2) – (0) Nepal
- Hector Hevel 29′
- Corbin Ong 71′
Masa : 10.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka, RTMKLIK