Lokasi Kamera AwAS Speed Trap JPJ Terkini Tahun 2025

By aiman

Published On:

Follow Us
kamera awas

Lokasi kamera AwAS pastinya menjadi tumpuan utama para pemandu yang ingin mengelak saman akibat kesalahan had laju dan langgar lampu isyarat. Sebelum mulakan perjalanan, kat mana kamera AwAS ni berada?

Sistem ini berperanan penting dalam mengawal kelajuan dan meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia. Menjelang tahun 2025, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menambah baik lokasi-lokasi pemasangan kamera AwAS bagi memastikan pemantauan lebih berkesan terutama di kawasan berisiko tinggi kemalangan.

Oleh itu, penting untuk setiap pemandu mengetahui kedudukan terbaru kamera AwAS bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang dan pada masa sama, mengamalkan pemanduan lebih berhemah.

Pemasangan kamera AwAS ini merupakan langkah proaktif kerajaan dalam mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin ketika memandu. Ingat kelajuan itu membawa padah kepada anda dan pengguna jalan raya yang lain.

Tapi AwAS ni sistem pemantauan had laju yang baru ke? Bukan ke sebelum ini menggunakan AES yang berada di sekitar lebuh raya? Adakah ianya diganti dengan sistem baru?

Kenapa Kamera AwAS Diganti dengan AES?

Sebenarnya, AwAS bukanlah pengganti kepada AES, tetapi merupakan penjenamaan semula dan penambahbaikan sistem AES (Automated Enforcement System).

Mula diperkenalkan pada tahun 2012, sistem AES telah menerima pelbagai kritikan daripada orang awam, terutama berkaitan pengurusan dan ketelusan operasi. Maka, kerajaan menggantikannya dengan sistem AwAS (Automated Awareness Safety System) pada tahun 2018, yang kini berada di bawah pemantauan JPJ dan PDRM secara langsung.

Penjenamaan ini bertujuan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem penguatkuasaan trafik yang lebih telus dan adil. Jadi lepas ni dah tiada kamera AES, tapi hanya ada kamera AwAS.

Kamera AES masih digunakan di beberapa lokasi dengan reka bentuk yang lama. Tetapi ada beberapa lokasi yang menggunakan AwAS kini menggunakan reka bentuk yang baru. Ianya seakan bentuk tiang lampu sahaja. Jadi hati-hati ketika memandu jika tidak ingin disaman.

Fungsi-Fungsi Kamera AwAS

Berikut merupakan fungsi-fungsi utama kamera AwAS bagi memasukan keselamatan pengguna jalan raya :

  1. Mengesan Kesalahan Had Laju – Kamera AwAS mampu mengesan kenderaan yang dipandu melebihi had laju yang ditetapkan di lokasi tertentu.
  2. Merakam Kesalahan Langgar Lampu Isyarat Merah – Kamera turut dipasang di persimpangan lampu isyarat untuk merakam kesalahan kenderaan yang melanggar isyarat merah.
  3. Meningkatkan Kesedaran Pemandu – Dengan wujudnya papan tanda amaran AwAS, pemandu lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya.
  4. Mengurangkan Kadar Kemalangan – Kajian menunjukkan kehadiran kamera AwAS mampu mengurangkan kadar kemalangan di kawasan berisiko tinggi.
  5. Membantu Penguatkuasaan Undang-Undang Secara Automatik – Sistem ini beroperasi secara automatik dan tidak memerlukan kehadiran pegawai trafik, sekali gus meningkatkan kecekapan penguatkuasaan.

Dengan adanya fungsi-fungsi ini, kamera AwAS terus memainkan peranan penting dalam mendidik pengguna jalan raya dan mengurangkan kemalangan di Malaysia.

Jadi kat mana kamera-kamera AwAS ini dipasang? Adakah ianya diletakkan di setiap lebuh raya di Malaysia? Nak tahu lokasi mana ianya dipasang, boleh tengok senarai dibawah

Senarai Lokasi Kamera AwAS Yang Dipasang Di Seluruh Malaysia Tahun 2025

Selain mengesan had laju, kamera AwAS juga digunakan bagi merakam kesalahan lampu isyarat merah. Jadi selain di lebuhraya, ianya juga dipasang di persimpangan jalan dalam bandar. Setakat ini lebih 30 kamera AwAS sudah dipasang di seluruh Malaysia.

Had Laju

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

Northbound (Arah Utara)

  • KM 1 : Johor Bahru
  • KM 151.4 : Pagoh
  • KM 184.2 : Jasin
  • KM 214.4 : Alor Gajah
  • KM 301.6 : Kajang
  • KM 375.9 : Slim River
  • KM 299.9 : Kampar
  • KM 204.6 : Taiping
  • KM 174 : Bandar Baharu
  • KM 97.2 : Kuala Muda

Southbound (Arah Selatan)

  • KM 96.3 : Kuala Muda
  • KM 166 : Seberang Perai Selatan
  • KM 328.8 : Behrang
  • KM 214.4 : Alor Gajah
  • KM 185 : Bemban
  • KM 146.8 : Pagoh
  • KM 1 : Johor Bahru

Lain-Lain Lebuhraya

  • KM 18 : Lebuhraya Guthrie (NB)
  • KM 18 : Lebuhraya Guthrie (SB)
  • KM 28.4 : Lebuhraya ELITE (NB)
  • KM 17 : Lebuhraya ELITE (SB)
  • KM 431.55 : Rawang- Bukit Beruntung (SB)
  • KM 258.25 : Terowong Menora, Ipoh (NB)
  • KM 262.5 : Terowong Menora, Ipoh (SB)
  • KM 21 : Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) (SB)
  • KM 21: Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) (NB)
  • KM 265.3 : Nilai-Serembang (SB)
  • KM 256.1 : Lebuhraya LPT2 (arah Kuala lumpur)
  • KM 288.6 : Lebuhraya LPT2 (arah Kuala Terengganu)
  • KM 85.5 : Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Sungkai
  • KM 17 : Gua Musang-Kuala Krai (arah Kota Bharu)

Lampu Isyarat

Kedah

  • KM 36 : Jalan Alor Setar-Butterworth / Kuala Muda (arah Alor Setar)
  • KM 1 : Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda (arah Gurun)
  • KM 1 : Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda (arah Sik)
  • KM 54 : Jalan Alor Setar-Butterworth

Perak

  • Jalan Pasir Putih, Ipoh (arah Pasir Panji)
  • KM 26 : Jalan Ipoh – Kuala Kangsar, Sg Siput (arah Kuala Kangsar)
  • KM 4 : Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung (arah Lumut)
  • KM 4 : Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung (arah Setiawan)
  • KM 116 : Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River (arah Kuala Lumpur)
  • KM 116 : Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River (arah Ipoh)
  • KM 11 : Jalan Setiawan Ipoh (arah Setiawan)
  • KM 14 : Jalan Ipoh – Pusing, Ipoh (arah Setiawan)
  • KM 38 : Jalan Ipoh – Kampar, Kampar (arah Ipoh)
  • KM 8 : Teluk Intan – Hutan Melintang / Hilir Perak – Teluk Intan

Kuala Lumpur

  • Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (arah Puchong)
  • Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (arah Sentul)

Sumber : www.jpj.gov.my/

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment