Tarikh Dan Jadual Gaji Penjawat Awam 2025 Seluruh Negeri (JANM)

By aiman

Published on:

tarikh dan jadual gaji penjawat awam tahun 2025

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengumumkan Tarikh dan Jadual Gaji Penjawat Awam Bagi tahun 2025.

Setiap tahun, penjawat awam di Malaysia menantikan jadual rasmi pembayaran gaji sebagai rujukan penting untuk perancangan kewangan sepanjang tahun.

Jadual ini dikeluarkan oleh JANM dan memastikan pembayaran emolumen dilakukan tepat pada masanya.

Advertisements

Semua kakitangan awam kerajaan malaysia boleh dapatkan maklumat tersebut dan merujuk tarikh dan jadual gaji penjawat awam seperti dibawah.

Dengan informasi ini, anda dapat merancang kewangan dengan lebih efisien dan berkesan, terutamanya ketika menghadapi musim perayaan dan keperluan bulanan.

Tarikh Dan Jadual Gaji Penjawat Awam 2025

TERKINI : Berikut adalah tarikh dan jadual penuh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2025:

tarikh dan jadual gaji penjawat awam tahun 2025

Sumber : Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (https://www.anm.gov.my/pekeliling/surat-pekeliling-akauntan-negara-malaysia)

BULANTARIKHHARICATATAN
Januari22.01.2025RabuTahun Baru Cina pada 29 & 30 Januari 2025 (Rabu & Khamis)
Februari25.02.2025Selasa
Mac24.03.2025IsninHari Raya Puasa pada 31 Mac & 1 April 2025 (Isnin & Selasa)
April24.04.2025Khamis
Mei22.05.2025KhamisHari Pesta Kaamatan pada 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu)
Jun25.06.2025RabuHari Gawai pada 1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin), Hari Raya Haji pada 7 & 8 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)
Julai24.07.2025Khamis
Ogos25.08.2025Isnin
September25.09.2025Khamis
Oktober16.10.2025KhamisHari Deepavali pada 20 Oktober 2025 (Isnin)
November20.11.2025Khamis
Disember18.12.2025KhamisHari Krismas pada 25 Disember 2025 (Khamis)

Kepentingan Jadual Gaji

Jadual pembayaran gaji memainkan peranan penting dalam membantu penjawat awam membuat perancangan kewangan yang lebih baik. Dengan mengetahui tarikh gaji, anda boleh:

Advertisements
  1. Mengatur pembayaran bil dan hutang
  2. Merancang perbelanjaan harian dan keperluan bulanan
  3. Menyediakan simpanan untuk musim perayaan atau kecemasan
  4. Membuat pelaburan yang strategik

Selain itu, jadual ini juga memastikan bahawa penjawat awam dapat menikmati kestabilan kewangan dengan lebih teratur, terutamanya menjelang perayaan utama di Malaysia.

Jadual Gaji Penjawat Awam 2025 adalah panduan penting bagi semua penjawat awam untuk memastikan perancangan kewangan yang lebih efisien. Pastikan anda menyimpan jadual ini sebagai rujukan sepanjang tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia di https://www.anm.gov.my/. Semoga bermanfaat

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment