Berikut merupakan senarai tarikh bayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2026 seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2025 berhubung penetapan tarikh serta peraturan pembayaran emolumen untuk tahun tersebut.
Jadual pembayaran emolumen bulanan tahun 2026 telah ditentukan seperti yang dipaparkan di bawah.
BACA JUGA : Tarikh Gaji Penjawat Awam Untuk Tahun 2025
Penetapan ini dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 105 serta surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia dengan rujukan MOF.BSKK(S)600-1/7/6(41) bertarikh 14 Oktober 2025 berkaitan permohonan pengecualian terhadap AP105 bagi urusan tarikh dan kaedah pembayaran gaji tahun 2026.
Tarikh Bayaran dan Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2026
Senarai tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam sepanjang tahun 2026 adalah seperti berikut :
Jadual Bayaran Gaji Bulanan Tahun 2026
| BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
|---|---|---|---|
| Januari | 22/1/2026 | Khamis | |
| Februari | 12/2/2026 | Khamis | Tahun Baharu Cina 17 & 18 Februari 2026 (Selasa & Rabu) |
| Mac | 16/3/2026 | Isnin | Hari Raya Puasa 21 & 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad) |
| April | 20/4/2026 | Isnin | |
| Mei | 21/5/2026 | Khamis | Hari Raya Haji 27 & 28 Mei 2026 (Rabu & Khamis) |
| Jun | 25/6/2026 | Khamis | |
| Julai | 23/7/2026 | Khamis | |
| Ogos | 24/8/2026 | Isnin | |
| September | 24/9/2026 | Khamis | |
| Oktober | 22/10/2026 | Khamis | |
| November | 25/11/2026 | Rabu | Hari Deepavali 8 November 2026 (Ahad) |
| Disember | 21/12/2026 | Isnin | Hari Krismas 25 Disember 2026 (Jumaat) |
Sekiranya anda seorang yang gemar merancang kewangan lebih awal, sebaiknya catat terus tarikh gaji dalam kalendar masing-masing.
Sebagai contoh, bagi bulan Februari dan Mac, gaji penjawat awam dan bayaran dibuat lebih awal berbanding kebiasaan, jadi ia memang memudahkan perancangan terutamanya bagi yang ingin pulang ke kampung sempena musim perayaan.

Kenapa Ada Bulan Gaji Dibayar Lebih Awal Daripada Kebiasaan?
Jika diperhatikan, tarikh bayaran gaji penjawat awam tidak semestinya jatuh pada penghujung setiap bulan. Terdapat beberapa bulan tertentu di mana kerajaan menetapkan pembayaran dibuat lebih awal daripada jadual biasa.
Perubahan ini lazimnya berlaku kerana faktor cuti umum dan musim perayaan. Apabila tarikh gaji asal hampir dengan tempoh cuti panjang, pihak kerajaan akan melaraskan tarikh bayaran supaya penjawat awam menerima gaji lebih awal. Langkah ini membolehkan urusan perbelanjaan dan persiapan dibuat sebelum bercuti.
Sebagai contoh, bayaran bagi Februari 2026 berkemungkinan diawalkan kerana kedudukannya yang hampir dengan sambutan Tahun Baru Cina.
Manakala bagi Disember 2026, pembayaran juga mungkin dipercepatkan bagi memberi peluang kepada penjawat awam membuat persiapan akhir tahun serta perbelanjaan musim cuti sekolah.
Kelebihan utama situasi ini ialah anda tidak perlu menunggu gaji dikreditkan ketika sedang bercuti. Namun begitu, apabila gaji diterima lebih awal, tempoh menunggu ke bulan berikutnya menjadi lebih panjang.
Oleh itu, perancangan kewangan yang teliti amat penting supaya bajet bulanan kekal terkawal.
Sumber : Jabatan Akauntan Negara Malaysia









