Jangan lupa saksikan telefilem Rabak yang akan menemui penonton semula pada 23 November 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada K. Adlie dan diterbitkan oleh syarikat produksi FJ Pictures Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cerakarama di TV3
Tarikh : 23 November 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Penulis Skrip : K. Adlie
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Berikut antara barisan pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Adi Putra, Khatijah Tan, Fadilah Mansor, Izzue Islam, Alynn Techen, Elya Miera Ismail, Lokman, Haji Talib, Annie Mosha dan ramai lagi.
- Adi Putra sebagai Azri
- Khatijah Tan sebagai Syakimah
- Fadilah Mansor sebagai Rabiah
- Izzue Islam sebagai Saufi
- Alynn Techen sebagai Didie
- Elya Miera Ismail sebagai Mira
Sinopsis Telefilem Rabak
Telefilem Rabak mengisahkan Syakimah, 58 tahun) dan adiknya, Rabiah, 56 tahun yang didakwa atas kesalahan membunuh Malek, suami Syakimah yang sering menderanya.
Kes ini telah mendapat perhatian Azri iaitu seorang peguam yang mahu menuntut bela untuk adik-beradik ini tanpa mengenakan bayaran. Azri mahu kes ini mendapat perhatian umum.
Namun, dia telah gagal dan adik-beradik tersebut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat.
Rabiah jatuh sakit ketika menjalani hukuman penjara dan akhirnya meninggal dunia. Hal ini telah menambahkan kesengsaraan Syakimah.
Dia mula berfikir tentang anaknya yang dibiarkan sejak 30 tahun yang lalu. Jadi, Syakimah meminta tolong Azri untuk menjejaki anaknya.