Saksikan telefilem Telapak Waktu yang akan menemui penonton pada 23 November 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Raja Mukhriz, penulisan skrip daripada Sheikh Afzal dan diterbitkan oleh syarikat produksi Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 23 November 2024 (Sabtu)
Skrip : Sheik Afzal
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Produksi : Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Hazama, Wanna Ali, Rosnah Johari, Aman Graseka, Sharifah Shahora, Farrah Yussina, Kodi Rasheed, Amka Shahal dan ramai lagi.
- Hazama sebagai Shafiq
- Wanna Ali sebagai Cempaka
- Rosnah Johari sebagai Habibah
- Aman Graseka sebagai Pak Jamil
- Sharifah Shahora sebagai Mak Oked
- Farrah Yussina sebagai Nina
- Kodi Rasheed sebagai Ali
Sinopsis Telefilem Telapak Waktu
Telefilem Telapak Waktu mengisahkan mengenai Syafiq yang terlibat dengan kemalangan, tersedar dan berada di suatu perkampungan dan dirawat dengan baik oleh sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis cantik.
Syafiq pulang ke kampungnya sesudah sembuh namun tidak ramai yang mengenali dirinya. Sebelum insiden ini berlaku, Syafiq merupakan anak yang derhaka terhadap ibubapa, cukup gemar bersosial, ke kelab malam dan bercampur dengan geng motor.
Suatu hari Syafiq kemalangan dan terbabas ke gaung dan telah dijaga oleh seorang wanita dengan penuh kasih sayang. Apabila sembuh Syafiq kembali ke pangkuan ibubapanya dan menjadi anak yang baik dan mendengar cakap.
Syafiq ingin berkahwin dengan wanita itu dan mula mencari di kampung wanita tersebut tetapi kampung itu rupa rupanya tidak wujud. Sewaktu mahu beredar dari kampung tersebut, Syafiq nampak sesuatu melintas, dan cuba mengelak namun terbabas.