Pasti ramai tidak sabar-sabar untuk menyaksikan kembali aksi Harimau Malaya dimana akan berlangsung pertemuan Malaysia vs Singapura yang merupakan Perlawanan Persahabatan tahun 2025.
Keterujaan ini adalah disebabkan kemenangan luar biasa skuad bimbingan Peter Cklamovski kepada Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung pada Jun lalu. Malaysia membenam Vietnam dengan 4 gol tanpa balas.
Instant impack yang ditunjukkan oleh barisan pemain Warisan berkualiti yang baru seperti Facunda Garces, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan ramai lagi ini memberikan nafas baru untuk pasukan bola sepak kebangsaan.
BACA JUGA : Biodata Penuh Pemain Warisan Harimau Malaya
Ini merupakan aksi kedua untuk pemain-pemain warisan ini. Selain daripada keterujaan diatas padang, peminat bola sepak tempatan untuk tidak sabar untuk saksikan sekali lagi aksi mereka ketika bertemu Singapura nanti.
Peminat bola sepak tempatan boleh datang beramai-ramai ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini dengan dapatkan tiket secara online di pautan www.tickethotline.com.my. Harga tiket bermula RM40 dewasa dan RM5 kanak-kanak.
Siaran Langsung Malaysia vs Singapura
Dalam Kalendar FIFA kali in, pertemuan Malaysia vs Singapura ini akan berlangsung pada 4 September 2025, hari Khamis dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam. Venue adalah di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Satu lagi perlawanan persahabatan adalah antara Malaysia vs Palestin yang dijadualkan akan berlangsung pada 8 September (Isnin) depan. Tapi venue adalah di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri, Johor Bharu.

Untuk perlawanan antara Malaysia vs Singapura ini akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 2 (802) beserta Arena Bola (803). Manakala tayangan online di aplikasi Sooka dan Astro Go.
Bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh saksikan di TVSarawak atau TVS menerusi saluran 122. Untuk tontonan live streaming adalah menerusi aplikasi dan laman web www.mana2.my secara percuma.









