Kerajaan Selangor telah mengumumkan program terbaru iaitu BINGKAS. Jadi orang Selangor boleh tengok sini cara mohon BINGKAS SELANGOR khusus bagi mereka yang layak.
- Apa Itu BINGKAS?
- Manfaat Daripada BINGKAS SELANGOR
- Syarat Kelayakan Permohonana BINGKAS SELANGOR
- Cara Mohon BINGKAS Selangor Secara Online
- Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Menggunakan BINGKAS RM300
- Cara Guna Dan Buat Pembelian Menggunakan BINGKAS
- Senarai Kedai Panel Yang Menerima Bayaran Menggunakan BINGKAS
Dengan bantuan RM300 ini, sedikit sebanyak dapat membantu kumpulan sasaran untuk mendapatkan bantuan dan keperluan asas seterusnya mengurangkan kos sara hidup sekeluarga.
Apa Itu BINGKAS?
Secara umumnya, BINGKAS adalalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Ianya merupakan kesinambungan daripada program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
BINGAS diperkenalkan bertujuan untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.
Ianya juga untuk memberikan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

Manfaat Daripada BINGKAS SELANGOR
Bagi yang layak, mereka akan peroleh bantuan sebanyak RM300 setiap bulan secara automatik dimana akan dikreditkan terus melalui e-wallet BINGKAS di dalam aplikasi Selangkah.
Jadi kredit tersebut, boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar dan urusniaga pembelian adalah secara cashless atau tanpa tunai.
Had pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300 dan perlu dihabiskan dan tidak akan dibawa ke bulan hadapan sekiranya terdapat baki lagi.
Syarat Kelayakan Permohonana BINGKAS SELANGOR
Sebelum buat permohonan BINGKAS, ketahui terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
Cara Mohon BINGKAS Selangor Secara Online
Permohonan boleh dibuat bermula 5 Julai 2024 dan dibuka sepanjang tahun. Tiada borang fizikal disediakan. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja menerusi langkah dibawah:

- Pergi ke laman web www.bingkasselangor.com
- Klik pada butang ‘Daftar Sekarang’
- Daftar akaun Selangkat terlebih dahulu jika anda tidak mempunyai akaun. Jika sudah ada, boleh terus Log Masuk
- Kemudian anda perlu lengkapkan butiran yang diperlukan sehingga lengkap seperti :
- Butiran peribadi
- Maklumat pendapatan
- Maklumat anak-anak
- Maklumat bantuan
- Senarai semak dokumen
- Selesai
Jawapan permohonana anda akan diproses selama 14 hari. Selepas tempoh tersebut, anda boleh semak status permohonan sama ada lulus atau gagal menerusi laman web BINGKAS atau aplikasi Selangkah.
Setiap keluarga hanya boleh buat satu permohonan sahaja sama ada suami atau isteri. Jika lulus, anda akan mula menerima kredit RM300 yang akan diberi menerusi e-Wallet Selangkah.
Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Menggunakan BINGKAS RM300
Hanya barangan keperluan asas dibawah sahaja diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS iaitu :
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Ubat-ubatan
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang (bayi/dewasa)
- Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
- Barangan persekolahan (kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya)
- Perihal pendidikan (Buku-buku ilmiah/akademik)

Cara Guna Dan Buat Pembelian Menggunakan BINGKAS
Berikut merupakan tatacara untuk menggunakan kredit RM300 yang diberi menerusi program BINGKAS dengan menggunakan aplikasi Selangkah:
- Penerima mengunjungi mana-mana panel kedai program BINGKAS
- Pilih barangan yang ingin dibeli
- Juruwang scan atau imbas ID penerima di aplikasi Selangkah untuk pengesahan
- Juruwang lakukan saringan untuk barangan yang tersenarai dibawah program BINGKAS
- Pastikan baki akaun BINGKAS mencukupi (maksima RM300)
- Klik butang bayar
- Masukkan no pin-6 digit untuk pengesahan
- Kod QR akan terpapar pada skrin dan juruwang akan mengimbas kod QR tersebut untuk menerima bayaran.
- Selesai

Senarai Kedai Panel Yang Menerima Bayaran Menggunakan BINGKAS
Terdapat lebih 1000 kedai yang menerima bayaran menerusi program BINGKAS ini seluruh negeri Selangor. Antaranya kedai seperti 99 Speedmart, Mydin, St Rosyam Mart, Tf Value Mart, Pusat Pakaian Hari-Hari, Econsave dan banyak lagi.
Anda boleh dapatkan senarai penuh https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai. Boleh buat pencarian di kedai yang berhampiran dengan anda.
Diharapkan perkongsian info penuh dan cara mohon BINGKAS SELANGOR ini memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan terutamanya kumpulan B40. Untuk info lanjut, boleh layari laman web rasmi BINGKAS di https://www.bingkasselangor.com/










