Senarai Cuti Umum & Cuti Khusus Negeri Selangor Tahun 2026

By aiman

Published On:

Follow Us
cuti umum negeri selangor

Cuti umum dan cuti khusus adalah dua jenis cuti yang berbeza. Cuti umum ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan disambut oleh semua negeri di Malaysia, manakala cuti khusus pula ditentukan oleh kerajaan negeri masing-masing dan hanya terpakai di negeri berkenaan.

Negeri Selangor, sebagai salah satu negeri yang paling maju dan padat di Malaysia, mempunyai gabungan kedua-dua jenis cuti ini yang perlu diketahui oleh penduduk setempat dan juga mereka yang bekerja atau menjalankan urusan di Selangor.

BACA JUGA : Kalendar Lengkap 2025 Malaysia Bagi Setiap Negeri Sepanjang Tahun

Mengetahui tarikh-tarikh cuti ini bukan sahaja penting untuk merancang aktiviti bersama keluarga, malah ia juga membantu dalam merancang percutian bersama keluarga, pengurusan kerja serta perancangan operasi bagi sesebuah syarikat.

Jika di Selangor khususnya terdapat sambutan terkenal seperti Hari Keputeraan Sultan Selangor dan Hari Thaipusam yang tersenarai sebagai cuti khusus. Selain itu, cuti umum seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, dan Tahun Baharu Cina turut diraikan bersama seluruh negara.

Oleh itu, memahami jadual cuti umum dan cuti khusus negeri Selangor untuk tahun 2026 sangatlah berguna untuk setiap rakyat di negeri ini. Dengan perancangan awal, semua pihak dapat memanfaatkan cuti yang ada dengan lebih produktif dan bermakna.

Senarai Cuti Umum Dan Cuti Khusus Untuk Negeri Selangor Sepanjang Tahun 2026

Jadi jom tengok senarai penuh cuti umum dan cuti khusus di Selangor sepanjang tahun 2026. Lepas ni, anda lebih mudah untuk buat perancangan tahunan.

Cuti Umum & Cuti KhususTarikhHari
Tahun Baharu 20261 JanuariKhamis
Tahun Baharu Cina17 FebruariSelasa
Tahun Baharu Cina (Hari Kedua)18 FebruariRabu
Hari Thaipusam1 FebruariAhad
Hari Nuzul Al-Quran7 MacSabtu
Hari Raya Puasa21 MacSabtu
Hari Raya Puasa (Hari Kedua)22 MacAhad
Hari Pekerja1 MeiJumaat
Hari Wesak31 MeiAhad
Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong1 JunIsnin
Hai Raya Qurban7 JunSabtu
Awal Muharram (Maal Hijrah)17 JunRabu
Maulidur Rasul25 OgosSelasa
Hari Kebangsaan31 OgosIsnin
Hari Malaysia16 SeptemberRabu
Hari Deepavali8 NovemberAhad
Hari Keputeraan Sultan Selangor11 DisemberJumaat
Hari Krismas25 DisemberJumaat

Terdapat 4 hari cuti khusus atau kelepasan am untuk negeri Selangor tahun 2026 iaitu Hari Keputeraan Sultan Selangor, Tahun Baru 2026, Hari Thaipusam dan Hari Nuzul Al-Quran.

Secara keseluruhan negeri Selangor mempunyai 18 hari untuk Cuti Umum beserta Cuti Khusus sepanjang tahun 2026. Jadi gunakan waktu cuti ini sebaiknya bagi setiap penduduk Selangor.

Sumber : kabinet.gov.my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now