Selepas Pawagam, Filem Keluang Man Kini Di Astro First

By aiman

Published On:

Follow Us
Filem Keluang Man

Filem aksi superhero OG pertama Malaysia yang hangat diperkatakan dan diperdebatkan tahun ini, Filem Keluang Man kini menemui penonton di platform Astro First menerusi saluran 480 dan On Demand serta sooka bermula 10 Julai 2025. 

Kehadiran Keluang Man di platform Astro First dengan memberi peluang kepada seluruh penonton Malaysia untuk menyaksikan dan menikmati sendiri pengalaman sinematik bersama seisi keluarga dengan satu harga terendah.

Langgan Keluang Man Di Astro First

Pelanggan Astro boleh menyaksikan filem ini di platform Astro First melalui saluran 480, atau On Demand dengan harga hanya RM15, manakala semua penonton Malaysia boleh menyaksikan filem ini di platform penstriman sooka dengan harga RM 15 berulang kali dalam tempoh 48 jam, di mana-mana mengikut keselesaan mereka.

BACA JUGA : Senarai Filem Baru Ditayangkan Di Pawagam Sepanjang Tahun 2025

Lebih istimewa buat penonton dan para pengumpul koleksi, Keluang Man di Astro First turut hadir dengan koleksi eksklusif menerusi ‘Keluang Man – Koleksi Kita Enjoi!’, yang ditawarkan dalam satu harga istimewa iaitu RM49. Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini, boleh dapatkan di akaun media sosial Astro First. 

Sinopsis Filem Keluang Man

Filem Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari. Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.

Filem ‘live-action’ Keluang Man merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.

Filem ini diarahkan oleh pengarah Anwari Asharaf dan diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.

BACA JUGA : Lirik Lagu OST Keluang Man – Krisya Ft SOG

Menampilkan pelakon hebat Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.

Lebih mengujakan filem ini turut membariskan deretan kemunculan istimewa oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Fazzoq Muqris, Daniella Sya, Wahid Senario, Azlee Senario, Delimawati, A Galak, AG Hafiz, Razzuan Rosli,  dan ramai lagi.

Filem Keluang Man di Astro First

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem Keluang Man di Astro First menerusi platform Astro dan di sooka bermula pada 10 Julai. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, sewa Astro First di sooka menerusi laman website https://sooka.my/tab/movies

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now