Semak Nombor Seat Sebelum Naik Flight. Takut Tiada Tingkap Je Nanti

By aiman

Published On:

Follow Us
nombor seat tiada tingkap dalam flight

Mesti ramai yang teruja jika ingin bercuti dengan menaiki kapal terbang, lagi-lagi jika anda buat pertama kali menaiki kapal terbang dalam hidup.

Pastinya keterujaan itu mestilah diungkap dengan keadaan flight yang baik dan menarik seperti yang dibayangkan sebelum menaikinya.

Tetapi tahukah anda, keadaan di dalam flight ada bahagian yang kita rasa menarik tetapi hakikatnya tidaklah seperti yang dibayangkan.

Baru-baru ini, ada seorang peramugari berkongsikan ciapan di laman X (dulu Twitter) @ezzatyyy dimana beliau memberitahu ada 1 kerusi di dalam kapal terbang dimana ianya tidak disediakan tingkap. Jadi pada bahagian itu tiada tingkap sebaliknya hanya dinding kosong sahaja.

Pastinya mereka yang terujua bertukar resah apabila dapat tahu, seat mereka adalah pada kedudukan tersebut. Nak tengok pemandangan daripada tempat tinggi dan tak boleh. Kecewalah sepanjang penerbangan.

nombor seat tiada tingkap dalam flight

Bayangkanlah sekiranya ia penerbangan yang panjang lebih daripada 5 jam. Aktiviti yang sesuai dibuat adalah tidur atau layan layan infotainment (jika ada) sahaja. Tak dapat layan view.

Jadi sekiranya anda berpeluang untuk memilih seat yang baik seperti di sayap kapal terbang dan seat sebelah tingkap, anda kene tahu nombor seat tersebut.

Jadi disini, disertakan cara untuk anda semak nombor seat yang baik bagi semua Airlines seperti yang terkenal di Malaysia iaitu AirAsia dan Malaysia Arlines

Cara Semak Nombor Seat Terbaik Sebelum Naik Flight

nombor seat tiada tingkap dalam flight

Jika anda berpeluang untuk pilih seat bagi mana-mana Airlines, anda boleh semak nombor seat tersebut adakah kedudukannya baik, selesa dan menarik.

Cara anda boleh membuat semakan kedudukan seat :

  1. Anda pergi ke laman web www.seatguru.com
  2. Kemudian pilih Airlines
  3. Disini lah anda boleh pilih Airlines yang anda ingin seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Lion Air, Japan Airlines dan sebagainya
  4. Akhirnya pilih sahaja jenis Kapal Terbang yang ada pada Airlines tersebut dan klik pada jenis tersebut.
  5. Seterusnya akan disenaraikan kedudukan seat beserta informasi.

Sebagai contoh jika anda menaiki pesawat Malaysia Airlines Boeing 737-800, disini akan ditunjukkan layout penuh kapal terbang tersebut. Kedudukan cockpit, no seat, kedudukan tandas, jalan keluar, kerusi kelas pertama, ekonomi dan sebagainya.

kedudukan seat terbaik dalam flight

Jika anda klik gambar diatas, ianya akan menjadi lebih besar dan jelas atau anda boleh lihat gambar sebenar disini. Dilihat bahagian layout kerusi, terdapat 3 warna iaitu merah, kuning dan hijau.

Seat berwarna hijau menandakan kedudukan kerusi yang paling baik kerana kawasan kaki yang lebih luas.

Seat berwarna kuning pula adalah kurang baik kerana kadar turun sudut kerusi adalah sedikit. Jadi anda dapat seat tak boleh sandar.

Kerusi berwarna merah itulah yang paling tidak menarik kerana di belakang sekali, juga kadar turun sudut kerusi adalah sedikit dan mungkin anda yang terakhir keluar daripada kapal terbang

Manakala bagi (merah) Seat 8A, 8F, 9A, 8F disinilah paling nightmare iaitu kedudukan dimana kedudukan nombor seat tiada tingkap. Nak tengok pemandangan, anda hanya boleh bayangkan sahaja. Disinilah seat no mungkin anda kecewa kalau anda dapat.

contoh seat tiada tingkap dalam flight

Bagi flight airlines yang lain, anda boleh semak di www.seatguru.com dan jika diberi peluang untuk pilih seat, pilihlah tempat yang terbaik dan selesa bagi anda.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now