Setiap ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab memastikan kehadiran anak ke sekolah setiap hari. Namun, ada kalanya pelajar tidak hadir ke sekolah atas sebab tertentu.
Dalam situasi begini, ibu bapa disarankan menulis surat rasmi kepada pihak sekolah. Surat ini penting sebagai bukti rasmi bahawa ketidakhadiran anak mempunyai alasan yang munasabah.
BACA JUGA : Senarai Barang Asrama Dan Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Sekolah
Mungkin ada antara anak-anak terpaksa menghadirkan kursus tambahan, atau mungkin ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan dan juga sakit, demam tanpa sijil sakit atau lain-lain lagi.
Melalui surat rasmi, guru kelas dapat merekodkan kehadiran dengan betul. Ini juga menunjukkan sikap tanggungjawab dan keprihatinan ibu bapa terhadap pendidikan anak.
Surat rasmi tersebut perlu mengandungi maklumat lengkap seperti nama pelajar, tarikh tidak hadir dan sebab ketidakhadiran. Pastikan surat ditulis dengan bahasa yang sopan dan jelas. Elakkan menggunakan alasan yang tidak relevan atau tidak logik.
Surat yang lengkap membantu pihak sekolah memahami keadaan sebenar pelajar. Ia juga dapat mengelakkan salah faham antara guru dan ibu bapa. Amalan ini memberi imej positif kepada keluarga dan mencerminkan disiplin yang baik.
Jadi sekurang-kurangnya jika murid tidak hadir, guru kelas khususnya tahu akan perkara tersebut sekali gus boleh mengambil maklum dan direkodkan sepanjang ketidakhadiran tersebut. Jika ada apa-apa masalah guru boleh ambil tindakan sewajarnya.
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Secara umumnya, antara perkara-perkara yang perlu diletakkan dalam ‘Surat Tidak Hadir Ke Sekolah’ tersebut seperti:
- Nama
- Alamat
- Tarikh
- Nama guru
- Nama dan alamat sekolah
- Tajuk : [Sebab tidak menghadirkan diri ke sekolah]
- Isi surat : Menyatakan sebab dengan jelas serta tarikh anak tidak dapat hadir ke sekolah
- Tandatangan
Contoh panduan dan surat asas untuk tulis ‘Surat Tidak Hadir Ke Sekolah’

Contoh surat tidak dapat hadir ke sekolah sebagai panduan




Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada ibubapa khususnya yang mempunyai anak-anak yang tidak dapat hadirkan diri ke sekolah.









