Disini kami buatkan senarai barang asrama dan keperluan yang mungkin anda sebagai ibu bapa boleh sediakan untuk anak-anak bila tiba masa sekolah nak buka
Untuk yang sudah biasa atau mungkin sudah berada di asrama sudah lama, barang keperluan ini tidak terlalu penting. Tetapi ianya penting untuk yang pertama kali.
Selepas ini anak-anak akan berada jauh daripada ibu bapa, jadi sekiranya ada senarai barang asrama yang tak cukup, mungkin agak sukar untuk mereka datang kembali ke sekolah.
Jadi tidak boleh tidak, perlu juga sediakan barang-barang keperluan lebih awal sebelum tiba hari buka sekolah nanti terutamanya yang bakal masuk asrama.
Dalam perkongsian ini, ianya merupakan barang yang perlu dibawa ke asrama bagi perempuan dan barang yang perlu dibawa ke asrama bagi lelaki juga.

Senarai Barang Asrama Dan Keperluan Yang Perlu Dibawa
List senarai barang asrama ini terbahagi kepada toiletries atau barang-barang mandi, pakaian, barang keperluan diri, ubat-ubatan, makanan dan sebagainya.
Dalam senarai ini tidak disertakan dengan keperluan baju sekolah yang pastinya wajib ada beserta alat pembelajaran dan buku sekolah.
Berikut merupakan senarai barang asrama dan keperluan yang anda boleh dapatkan sebelum kembali atau bermula sesi persekolahan dan mula menetap di asrama.
Toiletries
Barang | Barang |
---|---|
Sabun mandi | Body scrub |
Syampu rambut | Span mandi |
Berus gigi | Conditioner |
Ubat gigi | Shaver |
Baldi | Sabun cuci muka |
Cebok mandi | Listerine |
Raga mandi | Bakul Baju |
Sabun cuci baju | Hanger |
Pewangi/Downy/Softlan |
Barang Keperluan Diri
Barang | Barang |
---|---|
Bedak | Hand sanitizer |
BB cream | Kapas |
Minyak rambut | Sikat |
Lotion | Pemotong kuku |
Deodorent | Kapas telinga |
Masker | Cekak rambut |
Perfume | Ikat rambut |
Body mist | Gel rambut |
Toner | Pomade |
First-Aid
Barang |
---|
Panadol |
Ubat sendiri |
Strepsils |
Plaster |
Lip balm |
Minyak gamat |
Minyak cap kapak |
Pil chi kit teck aun |
Bandage |
Pakaian
Senarai pakaian ini adalah selain daripada baju sekolah.
Barang | Barang |
---|---|
T-shirt lengan pendek | Tuala |
T-shirt lengan panjang | Tualamuka |
Seluar slack | Sweater |
Track bottom | Cardigen |
Seluar pendek | Kasut sukan |
Seluar 3-suku | Tudung sarung |
Baju kurung | Sliper |
Kain batik | Pad/Tuala wanita |
Underwear | Kain pelikat |
Barang & Makanan
Barang |
---|
Botol air |
Tumbler |
Pinggan plastik |
Mangkuk plastrik |
Cawan plastik |
Sudu garfu |
Meggi |
Biskut |
Milo 3-in-1 |
Air kotak |
Kismis |
Selain itu, boleh juga bawa apa-apa makanan yang dibenarkan di asrama seperti roti, biskut manis, biskut tawar atau apa-apa makanan yang boleh tahan lama.
Keperluan Lain
Barang |
---|
Jam loceng |
Jarum & benang |
Mangga kunci |
Lampu suluh |
Extension plug |
Kipas meja |
Al-Quran |
Surah yassin |
Headphone |
Earphone |
Powerbank |
Cerek elektrik |
Seterika |
Set cadar |
Selimut |
Ini lah antara senarai barang asrama dan keperluan yang antaranya boleh disediakan oleh ibu bapa kepada anak-anak yang bakal memasuki asrama terutamanya pertama kali di tingkatan 1. Atau mana-mana waktu terutamanya buat pertama kali.
Mungkin dalam senarai ini ada yang perlu dan ada yang dilarang untuk bawa. Jadi anda boleh tentukan sendiri mengikut keperluan dan mungkin juga boleh tanyakan pendapat kepada guru terlebih dahulu.
Tapi sekiranya ada tertinggal, jangan risau kerana ada koperasi sekolah yang lengkap menjual pelbagai barang keperluan. Yang penting sediakan duit belanja sahaja untuk anak-anak. Boleh beli sendiri di sekolah.
Senarai ini juga boleh digunakan untuk pelajar-pelajar yang bakal memasuki universiti dan tinggal di kampus yang disediakan. Ini antara barang keperluan kampung untuk pelajar universiti.