Panduan Lengkap Cara Mohon EzyCash Maybank Guna Kad Kredit Dengan Mudah
Pernah tak anda tiba-tiba perlukan cash mendesak tapi baki akaun semasa dah hampir kosong? Situasi macam ni memang menyakitkan kepala, terutama bila bil perlu dibayar atau ada keperluan mendadak yang tak boleh tunggu.
Bagi pemegang kad kredit Maybank, sebenarnya ada satu penyelesaian yang ramai orang tak tahu wujud iaitu EzyCash Maybank.
BACA JUGA : Cara Guna EzyPay Plus Maybank Untuk Ansuran Kad Kredit
EzyCash Maybank adalah kemudahan pengeluaran tunai atau pindahan kredit yang membolehkan pemegang kad kredit menukarkan had kredit mereka kepada wang tunai.
Prosesnya lebih mudah berbanding memohon personal loan, dan kelulusannya pun lebih cepat. Kalau anda dah lama pegang kad kredit Maybank tapi tak pernah cuba guna kemudahan ni, anda boleh baca sampai habis.
Sebelum buat keputusan, penting untuk faham dulu macam mana sistem EzyCash ni berfungsi, syarat-syarat yang perlu dipenuhi, dan cara memohonnya dengan betul supaya permohonan tidak ditolak.
Apa Itu EzyCash Maybank dan Macam Mana Ia Berfungsi?
EzyCash Maybank adalah kemudahan pinjaman tunai peribadi yang menggunakan had kredit kad kredit anda sebagai asas pinjaman.

Maksudnya, duit yang dipinjam akan datang daripada had kredit kad kredit anda sendiri, bukan daripada akaun pinjaman berasingan.
Wang yang diluluskan akan dipindahkan terus ke akaun Maybank anda dalam tempoh yang ditetapkan. Kemudian, jumlah EzyCash tadi akan dimasukkan ke dalam penyata kad kredit sebagai transaksi yang perlu dibayar balik secara ansuran bulanan.
Berapa Jumlah Yang Boleh Dipohon?
Jumlah minimum dan maksimum EzyCash bergantung kepada beberapa faktor:
- Jumlah minimum: Bermula daripada RM2,000
- Jumlah maksimum: Sehingga 70% daripada had kad kredit
- Tempoh bayaran balik: Antara 6 bulan hingga 36 bulan (bergantung kepada kempen semasa)
Sebagai contoh, kalau had kad kredit anda ialah RM10,000 dan dan guna RM2,000, bermakna had kad kredit tersedia adalah RM8,000. Anda boleh memohon EzyCash sehingga RM5,600 (70% daripada RM8,000).
Kadar Faedah EzyCash Maybank
Ini bahagian penting yang ramai orang terlepas pandang. Kadar faedah EzyCash Maybank berubah mengikut kempen dan tempoh masa. Secara umumnya, kadar faedah ditawarkan dalam bentuk kadar rata (flat rate) per annum.
Secara amnya, flat rate (interest rate) adalah sama iaitu 8.88% bagi semua tempoh pinjaman kecuali 6 bulan (tanpa interest rate). Selain itu, ada juga upront fee yang dikenakan iaitu 3.88% daripada jumlah yang diluluskan untuk pinjaman 6-bulan dan RM100 untuk pinjama tempoh yang lain.

Akan tetapi jika waktu promosi, upfront fee biasanya akan dikecualikan (waived). Jadi jika anda pilih tempoh pembayaran 6-bulan, tiada apa-apa caj tambahan dikenakan. Biasanya promosi ini berlangsung pada awal tahun.
Adalah disyorkan untuk semak terus dengan Maybank atau melalui platform rasmi mereka untuk mendapatkan kadar faedah terkini atau promosi yang berlangsung sebelum memohon.
Cara Mohon EzyCash Maybank – Panduan Langkah Demi Langkah
Untuk memohon EzyCash Maybank, anda wajib ada akaun Maybank. Ini kerana permohonan yang boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Maybank2u sahaja:
1) Buka laman web Maybank2 di https://www.maybank2u.com.my/ dan login seperti biasa
2) Pada halaman utama, pilih Apply > Cards > Ezy Cash dan klik pada Get Ezy Cash
3) Anda akan dibawa kepada halaman Application. Kemudian pilih kad kredit yang anda ingin guna. Disini akan dipaparkan ‘available balance’, jumlah yang anda boleh ‘cash out’.
Kemudian masukkan info yang diperlukan seperti jumlah yang ingin dikeluarkan, plan dan sebagainya :
- Transfer to – pilih akaun Maybank anda
- Transfer Amount – jumlah yang anda ingin pinjam
- EzyCash Plan type – 4 plan yang disediakan mengikut bulan (M2U Plan 6 / 12 / 18 / 24 / 36)
Jika sudah, akhir sekali klik Submit

4) Akan dipaparkan segala butiran yang anda masukkan untuk buat semakan terakhir. Jika sudah betul, klik Request

5) Akhir sekali akan dipaparkan bayaran bulanan yang perlu dibuat mengikut plan yang anda pilih.

Jika permohonan anda tidak lebih daripada ‘available balance’, proses kelulusan melalui Maybank2u adalah secara terus. Wang tersebut kini tersedia didalam akaun anda.
Untuk ketahui jumlah dan cara perkiraan bagi pinjaman Ezy Cash Maybank ini, anda boleh rujuk disini.
Kesimpulan
EzyCash Maybank adalah kemudahan yang berguna bagi pemegang kad kredit yang perlukan wang tunai dengan cepat tanpa perlu melalui proses permohonan pinjaman yang panjang.
Proses permohonannya mudah yang mana boleh dibuat melalui Maybank2u sahaja.
Walau bagaimanapun, kemudahan ini perlu digunakan dengan bijak. Faham kadar faedah, rancang bayaran balik dengan teliti, dan guna EzyCash hanya apabila benar-benar perlu.
Kad kredit adalah alat kewangan yang kuat jika digunakan dengan bijak, tapi boleh jadi beban jika tidak diuruskan dengan baik.
Jika anda masih ragu-ragu atau ada soalan spesifik tentang kelayakan dan sebagainya, cara terbaik adalah menghubungi Maybank terus atau kunjungi cawangan berdekatan.
Sumber : Ezy Cash Maybank









