Cara Buat EzyPay Plus Maybank – Bayaran Ansuran Kad Kredit

By aiman

Published On:

Follow Us
cara guna ezypay plus

Ramai pengguna kad kredit di Malaysia sebenarnya tidak sedar bahawa transaksi besar yang sudah dibuat boleh ditukar kepada bayaran ansuran kad kredit secara lebih teratur.

Situasi seperti beli telefon baharu, bayar insurans, tempah pakej percutian atau beli barang elektrik memang boleh beri tekanan pada penyata bulanan kalau perlu bayar sekali gus.

Di sinilah EzyPay Plus Maybank jadi pilihan yang menarik. Pelan ansuran ini membolehkan anda tukar transaksi runcit kepada bayaran bulanan yang lebih kecil dan terkawal. Jadi aliran tunai lebih stabil dan tidak terlalu membebankan kewangan setiap bulan.

BACA JUGA : Cara Mohon EzyCash Maybank Dari Kad Kredit

Kalau anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk buat EzyPay Plus Maybank, jom baca sampai habis supaya anda lebih jelas sebelum buat keputusan.

Apa Itu EzyPay Plus Maybank?

EzyPay Plus Maybank ialah kemudahan pelan ansuran yang ditawarkan oleh Maybank kepada pemegang kad kredit mereka. Kemudahan ini membolehkan transaksi runcit yang telah dibuat ditukar kepada pelan ansuran tetap untuk tempoh tertentu.

Maksudnya, kalau anda sudah swipe kad untuk pembelian bernilai besar, anda boleh pecahkan jumlah tersebut kepada beberapa bulan bayaran. Anda tidak perlu jelaskan keseluruhan amaun sekaligus dalam penyata seterusnya.

Contoh: anda swipe kad kredit di kedai Perabot untuk beli Sofa baru dengan harga RM6,000. Sekiranya menggunakan EzyPay Plus ini, anda tak perlu bayar lumsump, tetapi boleh buat ansuran sekurang-kurangnya 6 bulan. Anda hanya perlu bayar RM1,000 sahaja setiap bulan untuk tempoh 6 bulan

Pelan ini berbeza dengan EzyPay biasa yang ditawarkan terus di kedai terpilih. EzyPay Plus pula biasanya digunakan selepas transaksi berjaya diproses dan dipaparkan dalam penyata kad kredit.

Yang penting kena swipe guna KAD KREDIT MAYBANK.

Pelan Ansuran Bulanan EzyPay Plus Maybank

Setiap pelan yang ditawarkan adalah berbeza-beza. Sebagai contoh, untuk ansuran selama 6-bulan, harga minima yang ditetapkan adalah RM500 dan keatas. Tetapi setiap plan dikenakan kadar faedah 9% setahun. Boleh rujuk jadual dibawah:

pelan ezypay plus

Untuk info, kebiasaanya Maybank akan buat promosi 0% fee bermula pada awal tahun. Anda boleh rujuk bahagian promotion Maybank.

Dengan promosi ini, anda tidak perlu bayar kadar faedah. Jadi jika anda guna RM6,000, anda hanya perlu bayar nilai yang sama iaitu RM6,000.

Cara Guna EzyPay Plus Maybank Untuk Bayaran Ansuran Kad Kredit

Anda boleh guna atau mohon EzyPay Plus Maybank ini hanya selepas bayaran anda sudah diterima Maybank dan sudah keluar pada statement di apps Maybank. Biasanya ambil masa 2-3 hari selepas swipe kad kredit.

Jadi jika sudah keluar, anda boleh mula mohon EzyPay Plus Maybank seperti langkah dibawah. Proses ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan portal Maybank2u sahaja. Aplikasi MAE tak boleh

1. Login akaun Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/ seperti biasa

2. Daripada halaman utama, pilih tab Apply > Cards dan klik EzyPay Plus

cara guna ezypay plus maybank

3. Kemudian pilih kad kredit anda. Seterusnya pilih bayaran yang anda ingin buat ansuran. Tandakan pada ruang yang anda inginkan.

cara mohon ezypas plus maybank

4. Seterusnya pilih Pelan sama ada 6-bulan, 12-bulan atau 18-bulan. Klik pada pilihan anda tersebut. Jika sudah, klik Submit

cara ezypas plus maybank

5. Halaman ini, akan diaparkan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar. Jika anda berpuas hati, klik Request dan ikuti langkah seterusnya sehingga selesai. Setel

cara mohon ezypas plus i maybank

Contoh dalam gambar : pinjam RM3890.55 untuk beli tiket flight di Trip.com. Kemudian buat ezypas plus selama 6-bulan tanpa faedah (promosi). Jadi bayaran bulanan adalah RM648.43 untuk 5-bulan dan RM648.40 untuk bulan ke-3. Tiada caj tambahan

Situasi Bila EzyPay Plus Sangat Membantu

Bayangkan anda perlu bayar kos perubatan kecemasan bernilai RM5,000. Anda tidak mahu gunakan simpanan kecemasan sepenuhnya kerana masih perlukan wang tunai untuk bulan seterusnya. Dalam keadaan ini, menukar transaksi kepada pelan ansuran boleh jadi solusi sementara yang praktikal.

Begitu juga jika anda baru berpindah rumah dan perlu beli beberapa kelengkapan penting sekaligus. Dengan tempoh bayaran ansuran Maybank yang fleksibel, beban kewangan dapat diagihkan dengan lebih tersusun.

Manfaatkan Sebaiknya Jika Diperlukan

Secara keseluruhannya, EzyPay Plus Maybank ialah pilihan yang praktikal untuk mereka yang mahu tukar transaksi besar kepada bayaran ansuran kad kredit yang lebih terkawal.

Kemudahan ini membantu anda mengurus aliran tunai tanpa perlu jelaskan semua bayaran sekaligus dalam satu bulan.

gunakan sebaiknya ezypay plus maybank

Namun begitu, setiap pelan ansuran tetap datang dengan komitmen. Anda perlu faham kadar faedah EzyPay Plus, tempoh bayaran dan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sebelum bersetuju.

Jangan jadikan ansuran sebagai alasan untuk berbelanja di luar kemampuan.

Jika digunakan dengan bijak, pelan ansuran Maybank ini boleh jadi alat pengurusan kewangan yang membantu, bukannya membebankan.

Cuba semak transaksi kad kredit anda hari ini dan nilai sama ada menukar kepada ansuran benar-benar memberi manfaat kepada situasi kewangan semasa anda.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now