Tarikh Cuti Hari Raya Aidiladha 2026 – Hari Raya Aidiladha yang turut dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan salah satu perayaan besar yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia selain Hari Raya Aidilfitri.
Perayaan ini disambut setiap tahun pada 10 Zulhijjah dan diteruskan sehingga 13 Zulhijjah sebagai hari-hari untuk melaksanakan ibadah korban serta memperingati pengorbanan dalam Islam.
Tarikh Pengumuman Hari Raya Aidiladha 2026
Seperti kebiasaan pada tahun-tahun terdahulu, penetapan tarikh Hari Raya Haji 2026 di Malaysia akan dibuat selepas pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja diumumkan kepada orang ramai.
Pengumuman rasmi bagi penetapan Hari Raya Haji telah dibuat pada 17 Mei 2026 (Ahad).
Pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam tersebut disampaikan menerusi siaran radio dan televisyen seperti RTM TV1, BERNAMA, Astro Awani, TV3 serta pelbagai saluran media utama di Malaysia termasuk platform media sosial.
Tarikh Hari Raya Aidiadha 2026 Di Malaysia
Seperti yang diumumkan, tarikh hari Raya Aidiladha di Malaysia bagi tahun 2026 adalah pada 27 Mei 2026 iaitu pada hari Rabu yang juga bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1447.
BACA JUGA : Contoh Ucapan Sempena Hari Raya Aidiladha Terkini

Cuti Hari Raya Haji Setiap Negeri 2026
Hari Raya Aidiladha merupakan cuti umum persekutuan di Malaysia yang disambut di seluruh negara, sekali gus menjadikan hari tersebut sebagai hari kelepasan am.
Secara keseluruhannya, semua negeri diberikan cuti selama satu hari. Namun begitu, negeri Kelantan dan Terengganu menikmati tambahan cuti menjadikan jumlah keseluruhan selama dua hari.
Selain itu, negeri Kedah dan Perlis turut menjadikan Hari Raya Aidiladha untuk hari kedua sebagai cuti AM negeri untuk tahun 2026. Maklumat lengkap mengikut negeri boleh dilihat menerusi jadual yang disediakan di bawah:


Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya Aidiladha
Sebagai makluman kepada ibu bapa dan para guru, seperti yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), cuti Hari Raya Aidiladha turut jatuh dalam Cuti Pertengahan Tahun 2026.
Sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A akan mula bercuti pada 22 Mei hingga 6 Jun 2026. Manakala cuti bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B akan bermula dari 23 Mei hingga 7 Jun 2026.
Berikut merupakan tarikh cuti yang ditetapkan bagi sekolah-sekolah:
- 22/5 hingga 6/6/2026 – Cuti Sekolah Negeri Kumpulan A
- 27/5/2026 – Cuti Hari Raya Aidiladha
- 23/5 hingga 7/6/2026 – Cuti Sekolah Negeri Kumpulan B
Nota :
- Negeri Kumpulan A – Kedah, Kelantan & Terengganu
- Negeri Kumpulan B – Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan informasi lanjut berkaitan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam, anda boleh merujuk laman web JAKIM melalui pautan ini https://www.islam.gov.my/en/









