Jadual Piala Dunia 2026 & Tayangan Siaran Langsung

By aiman

Published On:

Follow Us
jadual perlawanan piala dunia 2026

Tarikh & Jadual Piala Dunia 2026 Serta Tayangan Siaran Langsung

Pastinya ramai peminat bola sepak tidak sabar menantikan kemeriahan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Tahukah anda, Piala Dunia FIFA kali ke-23 ini menjadi edisi pertama yang diadakan dengan melibatkan 48 pasukan kesemuanya dengan melibatkan 104 perlawanan.

Bukan itu sahaja, kali ini juga, tuan rumah atau host pertandingan melibatkan 3 negara dan ianya terbanyak selepas Korea Japan pada edisi 2002.

Undian Peringkat Kumpulan

Berikut merupakan senarai pasukan yang telah diundi dalam setiap kumpulan dimana melibatkan 4 pasukan bagi setiap daripadanya :

  • Kumpulan A: Mexico, Afrika Selatan, Korea Republic, Czech Republic
  • Kumpulan B: Kanada, Switzerland, Qatar, Bosnia and Herzegovina
  • Kumpulan C: Brazil, Morocco, Haiti, Scotland
  • Kumpulan D: Amerika Syarikat, Paraguay, Australia, Türkiye
  • Kumpulan E: Jerman, Curaçao, Ivory Coast, Ecuador
  • Kumpulan F: Belanda, Jepun, Tunisia, Sweden
  • Kumpulan G: Belgium, Mesir, Iran, New Zealand
  • Kumpulan H: Sepanyol, Cabo Verde, Arab Saudi, Uruguay
  • Kumpulan I: Perancis, Senegal, Norway, Iraq
  • Kumpulan J: Argentina, Algeria, Austria, Jordan
  • Kumpulan K: Portugal, Uzbekistan, Colombia, Congo DR
  • Kumpulan L: England, Croatia, Ghana, Panama

Piala Dunia FIFA 2026

Piala Dunia FIFA 2026 akan bermula dari 12 Jun hingga 20 Julai 2026 dengan melibatkan 16 venue yang terpilih di 3 buah negara berkongsi sebagai tuan rumah pada edisi kali ini.

Perlawanan pembukaan akan berlangsung di Mexico City dengan mempertemukan tuan rumah bersama, Mexico menentang Afrika Selatan.

Manakala acara akhir atau final kejohanan akan berlangsung di New Jersey pada 20 Julai, sekali gus akan dikurniakan trofi kejuaraan pada hari tersebut.

Siaran Langsung Piala Dunia FIFA 2026

Seperti yang diumumkan, hanya RTM dan Unifi TV mendapat hak penyiaran bagi edisi Piala Dunia 2026 kali ini.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan setiap perlawanan yang akan ditayangkan secara siaran langsung di saluran RTM di TV Okey dan saluran khas di Unifi TV.

Selain itu, anda boleh live streaming pada hari perlawanan menerusi Sukan+ di RTM Klik atau tonton secara online di aplikasi Unifi TV 2.0

Tarikh & Jadual Perlawanan

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi aksi Piala Dunia 2026 bersama tarikh dan masa mengikut waktu Malaysia:

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now