Unifi Menawarkan Pakej FIFA World Cup 2026 Bermula RM50 Untuk Semua 104 Perlawanan Secara Langsung

By aiman

Updated On:

Follow Us
Pakej FIFA World Cup 2026 Di UNIFI

Setelah berminggu-minggu menunggu akhirnya rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega apabila pihak Unifi telah mengumumkan pakej FIFA World Cup 2026 menerusi Unifi TV.

World Cup atau Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung dari 12 Jun hingga 20 Julai 2026 dimana Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bersama-sama selaku tuan rumah untuk edisi kali ini.

Bukan itu sahaja, temasya untuk edisi ke-23 kali ini lebih besar dan lebih meriah apabila melibatkan sehingga 48 pasukan kesemuanya. Dengan jumlah tersebut, secara keseluruhan terdapat 104 perlawanan yang akan berlangsung.

BACA JUGA : Jadual Penuh 104 Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Waktu Malaysia

Meskipun rakyat Malaysia berada jauh daripada Amerika Utara, kita masih lagi dapat merasai kehangatan demam bola tersebut apabila pihak Unifi akan bawakan terus ke tanah air secara langsung.

Jika tahun-tahun sudah bersama Astro, tapi untuk edisi Piala Dunia 2026 kali ini kita bersama yang lain pula. Unifi bersama RTM mendapat hak dan merupakan penyiar rasmi kejohanan. Jadi nak tengok World Cup, kena ada Unifi TV atau MYTV untuk tontonan saluran RTM.

Unifi fifa world cup 2026

Dengan itulah, pihak Unifi kini secara rasmi telah mengumumkan pakej FIFA World Cup 2026 untuk semua peminat bola sepak di Malaysia. Menawarkan harga yang berpatutan untuk semua.

Pakej FIFA World Cup 2026 Serta Pas Bermusim Daripada Unifi

Unifi memperkenalkan pas bermusim (season pass) khas bagi pakej FIFA World Cup 2026. Menerusi pakej ini, anda boleh menonton semua 104 perlawanan bermula daripada peringkat kumpulan hingga final secara langsung (live).

Terdapat 3 saluran khas untuk FIFA World Cup 2026 dengan format HD iaitu :

  • Unifi FIFA World Cup 2026 1
  • Unifi FIFA World Cup 2026 2
  • Unifi FIFA World Cup 2026 3

Bukan itu sahaja, melalui pakej ini juga, selain menonton perlawanan, turut disediakan siaran ulangan dan sorotan perlawanan. Anda boleh nikmati ‘demam’ piala dunia selama 24 jam sehari.

Selain daripada saluran percuma, melalui pas bermusim ini juga, anda boleh nikmati saluran premium yang ditawarkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 73 saluran. Anda boleh menonton TV1, TV2, TV3, HBO, bein sport, Animax, Sensasi, AXN, Hits Now dan macam-macam lagi.

Harga Pakej FIFA World Cup 2026

Berikut merupakan senarai harga pas bermusim FIFA World Cup 2026 daripada Unifi :

  • Harga RM50 untuk pelanggan Unifi
  • Harga RM60 untuk bukan pelanggan Unifi
harga pakej fifa world cup 2026

Ya, bukan pengguna Unifi pun, anda juga boleh nikmati Piala Dunia kali ini. Cumanya harga mahal RM10 berbanding pengguna sedia ada.

Selain daripada pas bermusim ini, Unifi turut menyediakan pas harian (Daily Pass) untuk 1 hari dengan harga RM20.

Bila Waktu Langganan Dan Tarikh Tayangan

Anda boleh mula langgan pas bermusim FIFA World Cup 2026 bermula 6 Jun hingga 20 Julai 2026. Tayangan hanya akan bermula dari 11 Jun hingga 31 Julai 2026 iaitu tempoh sebenar kejohanan.

Dimana Untuk Menonton

Kesemua tayangan ini akan disiarkan menggunakan platform Unifi TV. Anda boleh tonton dan strim secara langsung menggunakan aplikasi Unifi TV 2.0 yang tersedia di Play Store, App Store dan App Gallery ataupun di laman web https://unifitv.com.my/.

unifi tv

Untuk pengguna Unifi, anda boleh menonton di 2 peranti serentak. Manakala bagi bukan pengguna Unifi, hanya 1 peranti sahaja yang boleh digunakan dalam satu-satu masa.

Cara Langgan Pas Bermusim Pakej FIFA World Cup 2026

1) Langganan untuk pengguna Unifi

  1. Pergi ke laman web https://unifitv.com.my/ login menggunakan akaun Unifi anda (email @iptv & password)
  2. Pada halaman utama, klik butang ‘Buy Pass’ untuk FIFA World Cup 2026
  3. Buat bayaran menggunakan 3 kaedah yang disediakan: kad kredit, FPX atau tebus baucer. Kemudian klik Continue dan buat bayaran seperti biasa
  4. Selesai
beli pas bermusim pakej fifa world cup 2026 unifi

Kini anda sudah mendapat akses penuh untuk semua kandungan yang ditawarkan terutamanya bagi pakej FIFA World Cup 2026

2) Langganan untuk bukan pengguna Unifi

  1. Pergi ke https://unifi.com.my/fifaworldcup2026
  2. Klik “Buy Now”
  3. Masukkan no. MyKad atau Pasport untuk pengesahan
  4. Masukkan no. telefon dan sahkan menerusi 6-digit OTP
  5. Cipta Unifi TV ID anda (example@iptv)
  6. “Accept” the Terms and Conditions dan klik “Pay Now”
  7. Sahkan butiran langganan anda dan klik “Submit”
  8. Jika sudah selesai, install aplikasi Unifi TV 2.0 di peranti anda
  9. Login menggunakan Unifi TV ID bersama password yang anda telah tetapkan
  10. Anda kini boleh mula strim Unifi TV

Untuk info lebih lanjut, anda boleh pergi ke FAQ seperti yang ditetapkan oleh pihak Unifi.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now