Penyiar Rasmi FIFA ASEAN Cup 2026 Di Malaysia Kini Masih Jadi Tanda Tanya

By aiman

Published On:

Follow Us
penyiar rasmi fifa asean cup astro rtm

Meskipun FIFA ASEAN Cup 2026 akan bermula beberapa hari lagi, peminat bola tmpatan di Malaysia masih belum mengetahui penyiar rasmi mana yang akan menayangkan kejohanan ini secara langsung.

Jika sebelum-sebelum ini, Astro merupakan antara platform utama yang menyajikan tayangan siaran langsung terutamanya melibatkan pasukan Harimau Malaya. Selain itu, RTM juga turut bekerjasama selaku penyiar rasmi. Tetapi kini tidak lagi?

Jika dilihat situasi ini, ianya persis atau sama seperti yang terjadi pada kejohanan ASEAN Hyundai Cup yang berlangsung pada Ogos yang lalu. Lagi beberapa hari perlawanan berlangsung, masih tiada pengumuman bagi penyiar rasmi bagi tayangan secara langsung di Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya penyokong Harimau Malaya meluahkan rasa kecewa. Meskipun kejohanan ini berlangsung dalam kalendar FIFA, tetapi layanan yang diberikan terutamanya berkaitan tayangan siaran langsung seperti tidak dipedulikan.

Dalam masa yang sama, negara jiran sudah mengumumkan penyiar rasmi bagi negara masing-masing. Meskipun Australia tidak menyertai kejohanan FIFA ASEAN Cup ini, tetapi rakyat mereka boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung menerusi SBS On Demand.

penyiar rasmi FIFA ASEAN Cup 2026~1

Tiada Penyiar Rasmi? Strim Di Youtube Sahaja?

Adakah sama seperti kejohanan yang lalu dimana peminat bola sepak tempatan di Malaysia hanya disediakan tayangan secara langsung secara live streaming di saluran Youtube?

Jika sebelum ini, orang ramai hanya dapat saksikan perlawanan secara langsung menerusi platform sah di laman Youtube ASEAN United FC https://www.youtube.com/@aseanutdfc dan ianya mungkin akan berulang sekali lagi.

Persoalan yang masih tidak terjawab sehingga sekarang. Adakah akan ada penyiar rasmi bagi kejohanan FIFA ASEAN Cup kali ini di Malaysia? Adakah Astro mahupun RTM akan bawakan tayangan siaran langsung?

Semoga ada sinar harapan bila tibanya perlawanan melibatkan pasukan Harimau Malaya kelak yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 September depan untuk perlawanan pertama menentang Bangladesh.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now