Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengesahkan penglibatannya sebagai penyiar rasmi bagi kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026.
Pengumuman berkenaan dikongsikan RTM menerusi hantaran di media sosial pada Khamis, bertepatan dengan hari pertama berlangsungnya kejohanan ini.
Menerusi pengumuman tersebut, RTM bakal menyiarkan aksi pembukaan melibatkan Malaysia dan Bangladesh pada 25 September secara eksklusif untuk tontonan peminat bola sepak di Malaysia.
Siaran berkenaan memberikan peluang kepada penyokong yang tidak dapat hadir ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, untuk mengikuti aksi Harimau Malaya secara langsung.
BACA JUGA : Penyiar Rasmi FIFA ASEAN Cup Terus Menjadi Tanda Tanya
Perkembangan tersebut pastinya melegakan ramai peminat tempatan yang sejak awal menantikan penampilan skuad kebangsaan dalam edisi sulung FIFA ASEAN Cup yang berlangsung di Indonesia bermula Khamis.
Aksi Pertama Malaysia Bertemu Bangladesh Di RTM
Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe dijadualkan memulakan kempen dengan menentang Bangladesh pada 25 September.
BACA JUGA : Siaran Langsung Perlawanan Bangladesh vs Malaysia Disiarakan Di RTM
Selepas itu, Harimau Malaya akan berdepan cabaran lebih besar apabila bertemu tuan rumah Indonesia tiga hari kemudian sebelum menamatkan saingan Kumpulan A dengan aksi menentang Singapura.
Sebanyak 23 pemain telah dipilih bagi membawa cabaran Malaysia dalam kejohanan kali ini. Senarai tersebut turut menampilkan tiga pemain naturalisasi baharu, iaitu Bergson, Manuel Hidalgo dan Brad Tapp.
Ini sekali gus memberikan suntikan semangat kepada keseluruhan skuad Harimau Malaya bagi mengharungi jadual padat menerusi kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026 kali ini.









