Contoh 20 Ucapan Selamat Hari Deepavali 2026 Dalam Bahasa Melayu

By aiman

Published On:

Follow Us
contoh ucapan selamat hari deepavali

‘Selamat Hari Deepavali’ antara ucapan yang paling ringkas dan mudah diluahkan kepada kaum India yang meraikannya di Malaysia. Ini juga antara perkara yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Di Malaysia terdapat 3 perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha yang mana disambut oleh orang Islam secara amnya dan kaum Melayu sebagai kaum Majoriti ini di negara ini. Kemudian Tahun Baru Cina yang disambut oleh kaum Cina dan Deepavali yang disambut oleh kaum India.

BACA JUGA :

Sebagai rakyat yang hidup di dalam masyarakat majmuk, kita boleh meraikan kepelbagaian budaya dan menunjukkan rasa hormat kepada setiap perayaan yang disambut di negara Malaysia.

Jadi sempena Hari Deepavali yang jatuh pada 8 November 2026, iaitu pada Ahad, ini lah masa untuk kita tunjukkan rasa hormat tersebut dan mungkin boleh kongsikan ucapan selamat kepada rakan yang berbangsa India.

Contoh Ucapan Selamat Hari Deepavali

Ini merupakan contoh 20 ucapan ‘Selamat Hari Deepavali’ yang anda boleh gunakan dalam bahasa Melayu untuk kongsi dengan rakan-rakan kaum India atau secara amnya share di media sosial.

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua masyarakat India. Semoga anda dan keluarga menikmati masa yang indah bersama insan tersayang.

Selamat Hari Deepavali! Semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan mencipta kenangan manis bersama keluarga.

Buat semua rakan berbangsa India, selamat menyambut Deepavali. Semoga hubungan antara kita terus erat walaupun berbeza budaya.

Selamat Hari Deepavali! Berbeza bangsa dan budaya, tetapi kita tetap berkongsi tanah air yang sama.

Semoga sambutan Deepavali tahun ini dipenuhi senyuman, kemeriahan dan kenangan indah bersama keluarga.

Selamat menyambut Deepavali kepada semua yang meraikannya. Teruskan menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian.

Walaupun berbeza budaya dan perayaan, kita tetap boleh hidup bersama dengan penuh rasa hormat. Selamat Deepavali!

Selamat Deepavali! Semoga anda sekeluarga menikmati cuti perayaan dengan penuh kegembiraan.

Kepelbagaian budaya menjadikan Malaysia lebih istimewa. Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya!

Selamat Hari Deepavali kepada jiran, rakan sekerja dan kenalan berbangsa India. Semoga sambutan kali ini menjadi kenangan yang bermakna.

Berbeza perayaan bukan penghalang untuk kita saling menghormati. Selamat Deepavali!

Semoga kemeriahan Deepavali membawa lebih banyak momen indah bersama keluarga dan orang tersayang.

Malaysia indah kerana kepelbagaian rakyatnya. Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India di Malaysia.

Selamat Hari Deepavali! Terima kasih kerana bersama-sama mewarnai kehidupan masyarakat Malaysia dengan budaya dan tradisi yang unik.

Kepada semua yang menyambut Deepavali, nikmatilah cuti dan masa berkualiti bersama keluarga. Selamat bercuti!

Tak kira Melayu, Cina atau India, kita semua berkongsi satu negara. Selamat Deepavali kepada semua yang meraikannya!

Semoga sambutan Deepavali tahun ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan keluarga, rakan dan komuniti.

Perbezaan budaya bukan alasan untuk berjauhan, sebaliknya peluang untuk kita saling mengenali. Selamat Hari Deepavali!

Selamat Deepavali buat semua masyarakat India. Semoga kita terus hidup dalam suasana aman dan saling menghormati.

Daripada seorang rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia yang lain, selamat menyambut Hari Deepavali. Semoga negara kita terus aman, harmoni dan bersatu.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now