Siaran Langsung Argentina vs Colombia Final Copa America 2024

By aiman

Updated on:

argentina vs colombia final copa america 2024

Argentina vs Colombia akan bertemu pada Isnin ini, 15 Julai 2024 dalam saingan di peringkat final Copa America 2024 bertempat di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Floria.

Perlawanan yang bakal menentukan pemenang bagi kejohanan edisi ke-48 itu akan bermula pada 8.00 malam waktu tempatan atau di Malaysia, sepak mula adalah pada pukul 8.00 pagi.

Untuk penonton di tanah air, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 4 (814) atau boleh juga live streaming di aplikasi Sooka pada waktu yang sama.

Advertisements

Sejarah Perlawanan Argentina vs Colombia

Kedua-dua finalist CONMEBOL Copa America 2024 telah bertemu sebanyak 15 kali dalam sejarah. 7 kemenangan berpihak kepada Argentina, 3 untuk Colombia dan masing-masing seri sebanyak 5 kali.

Lima pertemuan terakhir untuk kedua-dua pasukan dalam kesemua kejohanan:

  • Argentina 1-0 Colombia (Kelayakan Piala Dunia 2022)
  • Argentina 1-1 Colombia (Copa America 2021)
  • Colombia 2-2 Argentina (Kelayakan Piala Dunia 2021)
  • Argentina 0-2 Colombia (Copa America 2019)
  • Colombia 0-0 Argentina (Perlawanan Persahabatan 2018)

Fakta Ringkas

Sekiranya, Argentina berjaya menumpaskan Colombia, mereka akan memenangi kejohanan CONMEBOL Copa America kali ke-16. Manakal Colombia mencari kejuaraan kali ke-2 selepas dimenanginya buat kali pertama pada tahun 2001.

Lionel Messi telah bermain sebanyak lima kali final Copa America iaitu pada tahun 2007, 2015, 2016, 2021 dan terbaru untuk edisi 2024. Manakala untuk Argentina, mereka telah bermain dalam sembilan edisi Copa America dalam abad ke-21.

Ini merupakan pertemuan kali pertama antara Argentina vs Colombia dalam aksi final Copa America. Dalam aksi peringkat kalah mati, Colombia tidak dibolosi dan telah menjaringkan sehingga 6 gol kesemuanya.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan

Jangan lupa untuk saksikan aksi final Copa America 2024 antara Argentina vs Colombia yang berlangsung pada 15 Julai 2024, iaitu pada hari Isnin. Lepas tengok final EURO, tengok final Copa America pula.

Advertisements

AET : Argentina (1) – (0) Colombia

  • L. Martinez 112′

Masa : 8.00 pagi
Venue : Stadium Hard Rock
Tayangan TV : Astro Supersport 814
Live Streaming : Sooka

*Argentina juara Copa America 2024

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment