Perjalanan EURO 2024 kini sudah sampai ke penghujung. Kita bakal dapat saksikan pertemuan antara Sepanyol vs England yang merupakan perlawanan akhir di peringkat final untuk kejohanan kali ini.
Seperti yang dijadualkan, saingan akhir EURO 2024 akan berlangsung pada 15 Julai 2024, iaitu pada hari Isnin bertempat di Stadium Olimpik, Berlin. Untuk waktu Malaysia, sepak mula adalah pada pukul 3.00 pagi.
BACA JUGA : Jadual Dan Keputusan Penuh EURO 2024
Anda boleh saksikan perlawanan final antara Sepanyol vs England ini secara langsung di kaca tv menerusi SPOTV Stadia di saluran 808 atau boleh juga tonton live streaming di platform SPOTVNow atau aplikasi Sooka.
Pertemuan Epik Sepanyol vs England Di EURO 2024
Jika anda lihat kedua-dua pasukan ini melangkah ke pentas final dengan jalan cerita yang berbeza, tetapi sampai ke destinasi dan waktu yang sama. Pelbagai rintangan perlu dihadapi untuk anak-anak buah Luis de la Fuente dan Gareth Southgate.
Sepanyol melangkah ke final dengan berdepan laluan yang sukar sebenarnya. Bermula daripada peringkat kumpulan lagi. Manakan tidak, mereka telah diundi dalam kumpulan maut bersama Italy dan Croatia.
Tidak cukup dengan itu, perlu berdepan pasukan tuan rumah, Jerman di pusingan suku akhir dan diikuti dengan bekas juara Piala Dunia FIFA 2018 iaitu Perancis di pusingan separuh akhir. Lebih hebat, kesemua perlawanan yang dihadapi, tanpa sebarang kekalahan.
Berbeza dengan England yang mana dikatakan memiliki jalan yang lebih mudah sehingga ke final. Akan tetapi, secara keseluruhan mereka berjaya mengharunginya dengan baik sehingga ke peringkat akhir.
Rekod Perlawanan Sepanyol vs England
Sepanyol atau Spain merupakan juara tiga kali EURO iaitu pada edisi 1964, 2008 dan 2012. Hanya pernah tewas sekali sahaja di pusingan akhir iaitu pada tahun 1984 dimana hanya sekadar naib juara.
Berbeza dengan England dimana mereka setakat ini masih belum pernah memenang kejuaraan 4-tahun sekali ini. Pencapaian terbaik adalah pada edisi lalu, 2020 dimana muncul sebagai naib juara. Ini merupakan final kali kedua berturut-turut untuk three-lions.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sebanyak 8 kali; lima dimenangi oleh Sepanyol dan hanya dua sahaja untuk England. Sekali sahaja kedua-dua pasukan meraih keputusan seri.
BACA JUGA : Jumlah Hadiah Wang Tunai Diterima Di EURO 2024
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Sepanyol vs England dalam saingan final EURO 2024 dijadualkan pada 15 Julai 2024, iaitu pada pagi hari Isnin.
FT : Sepanyol (2) – (1) England
- Nico Williams 47′
- Cole Palmer 73′
- Mikel Oyarzabal 86′
Masa : 3.00 pagi (MYT)
Venue : Stadium Olimpik
Tayangan TV : SPOTV Stadia
Live Streaming : Sooka
*Sepanyol dinobatkan sebagai juara EURO 2024 iaitu yang keempat dalam rekod pertandingan. England terus berputih mata.
2 thoughts on “Siaran Langsung Live Streaming Sepanyol vs England Final EURO 2024”