Kini sudah memasuki lebih separuh jalan pertandingan apabila bakal berlangsung pula saingan suku akhir EURO 2024 yang dijadualkan pada 10 dan 11 Julai 2024 selepas berakhirnya pusingan 16 sebelum ini.
BACA JUGA : Jadual Penuh Perlawanan EURO 2024
Sudah terjawab 8 pasukan terbaik yang layak ke pusingan ini apabila masing-masing berjaya menumpaskan lawan pada pusingan sebelumnya. Pasukan yang tewas kini terpaksa pulang dan melupakan hasrat mengejar kejuaraan.
Juara bertahan, Itali dikejutkan apabila pasukan pertama yang tumpas pada pusingan 16 kepada Switzerland dengan jaringan 2-0. Tuan rumah Jerman juga meneruskan rentak kemenangan apabila menang ke atas Denmark, juga dengan jaringan 2-0.
England terpaksa menunggu sehingga detik terakhir untuk mendapatkan gol penyamaan dan kemudian barulah berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan sekali gus mara ke suku akhir EURO 2024 apabila menewaskan Slovakia 2-1.
Sepanyol juga tidak berdepan masalah ketika berhadapan Georgia yang pertama kali berjaya ke peringkat kalah mati di EURO. Georgia hanya berjaya menjaringkan 1 gol sahaja selepas tewas dengan 4 gol daripada pihak lawan.
Perancis sekali lagi meraih kemenangan dengan tidak menjaringkan gol. Jaringan tunggal Perancis adalah datang daripada gol sendiri Belgium dan sekali gus membawa mereka ke suku akhir.
Belanda menang ke atas Romania dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Portugal dan Slovenia satu-satnya perlawanan yang ditentukan dengan sepakan penalti apabial terikat 0-0 dalam tempoh waktu sebenar dan masa tambahan. Portugal menang 3-0 dalam penentuan sepakan penalti.
Pasukan underdog, Austria yang juga juara kumpulan D terpaksa berpuas hati apabila tumpas kepada Turkiye dengan jaringan 1-2. Meskipun mempunyai banyak peluang terhidang, tetapi mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebtu.
Siaran Langsung Suku Akhir EURO 2024 – Live Streaming
Seperti pada perlawanan-perlawanan sebelumnya dimana kesemua 4 perlawanan yang bakal berlangsung dalam pusingan quarter final ini akan disiarkan secara langsung di SPOTV Stadia (808 dan 809).
BACA JUGA : Tonton Live Streaming Di SPOTVNOW
Untuk yang ingin menonton secara live streaming, boleh langgan pas EU di Sooka dengan harga RM39.80. Boleh saksikan di laman web atau aplikasi mobile.
Jadual Dan Perlawanan Suku Akhir EURO 2024
Berikut merupakan jadual perlawanan bagi kesemua empat perlawanan dalam pusingan suku akhir EURO 2024. Manakala keputusan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
6 Julai 2024 (Sabtu)
AET : Sepanyol (2) – (1) Jerman
- Dani Olmo 51′
- Florian Wirtz 89′
- Mikel Merino 119′
Masa : 12.00 am
Venue : Stuttgart
TV : SPOTV Stadia
Live Streaming : Sooka
AET : Portugal (0) – (0) Perancis [Pen: 3-5]
Masa : 3.00 am
Venue : Hamburg
TV : SPOTV Stadia
Live Streaming : Sooka
Sepanyol dan Perancis layak ke separuh akhir EURO 2024 dan akan bertemu sesama sendiri pada 10 Julai nanti. |
7 Julai 2024 (Ahad)
AET : England (1) – (1) Switzerland [Pen: 5-3]
- Breel Embolo 75′
- Bukayo Saka 80′
Masa : 12.00 am
Venue : Dusseldorf
TV : SPOTV Stadia
Live Streaming : Sooka
FT : Belanda (2) – (1) Turkiye
- S. Akaydin 35′
- Stefan de Vrij 70′
- Mert Muldur 76′ (OG)
Masa : 3.00 am
Venue : Olimpiastadion
TV : SPOTV Stadia
Live Streaming : Sooka
England dan Belanda layak ke separuh akhir EURO 2024 dan akan bertemu sesama sendiri pada 11 Julai nanti. |
1 thought on “Jadual Suku Akhir EURO 2024 – Siaran Langsung & Keputusan Perlawanan”