Jumlah Hadiah EURO 2024 – Wang Tunai Bagi Setiap Pasukan Yang Bertanding

By aiman

Published on:

hadiah euro

Setiap pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam kejohanan ini, mereka juga akan bawa balik hadiah EURO 2024 seperti yang telah ditetapkan. Tapi berapa agaknya wang tunai diperoleh bagi pasukan juara?

Gelaran juara EURO pastinya diidam-idamkan bagi pasukan yang layak pada edisi kali ini. Bukan kerana hadiah duit semata-mata, tetapi rasa bangga dengan pasukan kebangsaan dan negara itu lebih tinggi.

Advertisements

Akan tetapi, sebagai habuan, UEFA juga turut menyediakan hadiah wang tunai bagi setiap pasukan yang mengambil bahagian dan nilainya berbeza-beza mengikut peringkat dari kumpulan hingga final.

Senarai Jumlah Hadiah EURO 2024 (Wang Tunai) – Prize Money

Pada edisi EURO 2024, pihak UEFA telah mengumumkan hadiah wang tunai keseluruhan adalah berjumlah sebanyak €331 juta. Kalau tukar dalam Ringgit lebih kurang RM1.6 bilion.

Jumlah ini adalah sama seperti edisi 202. Jumlah ini diagihkan kepada 24 pasukan yang mengambil bahagian berdasarkan prestasi mereka sepanjang kejohanan seperti dalam jadual dibawah :

Advertisements
Peringkat KejohananHadiah Wang Tunai
Peringkat kumpulan€9.25 juta
Menang di peringkat kumpulan (bonus)€1 juta
Seri di peringkat kumpulan (bonus)€500,000
Layak ke Pusingan 16€1.5 juta
Layak ke Suku Akhir€2.5 juta
Layak ke Separuh Akhir€4 juta
Naib Juara€5 juta
Juara€8 juta

Jumlah maksima yang boleh mereka bawa pulang dalam EURO 2024 adalah sebanyak €28.25 juta (~RM150 juta) ~ sekiranya menang kesemua perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Jumlah itu diperoleh pastinya jika pasukan tersebut bergelar juara EURO 2024. Pasukan mana agaknya? Masyuk tak masyuk hadiah wang tunai tersebut?

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Jumlah Hadiah EURO 2024 – Wang Tunai Bagi Setiap Pasukan Yang Bertanding”

Leave a Comment