Siaran Langsung Belanda vs England Semi Final EURO 2024 (Live Streaming)

By aiman

Updated on:

belanda vs england

Kini giliran perlawanan kedua saingan separuh akhir pula mengambil bahagian dimana melibatkan Belanda vs England yang mana pastinya masing-masing ingin mencari slot terakhir untuk ke final EURO 2024.

Ini kerana, slot pertama sudah dipenuhkan oleh Sepanyol pada tengah malam tadi apabila pasukan tersebut berjaya menumpaskan Perancis dalam siangan separuh akhir dengan keputusan 2-1 dalam tempoh waktu sebenar.

Kini pertemuan antara Belanda vs England pula yang akan berlangsung iaitu pada 11 Julai 2024, hari Khamis dengan waktu sepak mula juga pada pukul 3.00 pagi dan kali ini akan dimainkan di BVB Stadion Dortmund.

Kejayaan Belanda Dan England Pada Pusingan Sebelumnya

Secara keseluruhan, Netherland atau Belanda hanya pernah tewas sekali sahaja dalam kempen EURO kali ini iaitu dalam peringkat kumpulan. Mereka juga layak ke peringkat kalah mati hanya menerusi slot tempat ketiga terbaik.

Advertisements

Meskipun begitu, terus menunjukkan kebangkitan selepasnya. Di pusingan 16 terbaik, menang kepada Romania dengan jaringan 3 gol. Kemudian berdepan Turkiye yang berada dalam form yang terbaik. Tetapi berjaya menidakkannya dengan kemenangan 2-1.

Manakala England tidak pernah tewas sejak awal saingan. Tetapi mereka hanya pernah menang dua kali sahaja dalam tempoh waktu perlawanan sebenar termasuklah ketika menentang Switzerland dalam saingan suku akhir.

BACA JUGA : England Mara Ke Separuh Akhir Apabila Menang Dalam Penentuan Sepakan Penalti

Kedua-dua pasukan masih mempunyai harapan jika dibandingkan dengan prestasi semasa. Masing-masing sudah pastinya ingin melangkah ke pusingan akhir EURO 2024. Adakah England mampu untuk ke final buat kali kedua berturut-turut seperti dicatatkan pada edisi 2020 yang lalu?

Siaran Langsung Belanda vs England – Live Streaming

Pastinya anda akan dihidangkan dengan perlawanan yang menarik. Anda boleh saksikan aksi Belanda vs England yang bakal ditayangakn secara langsung menerusi SPOTV Stadia di saluran Astro 808 atau secara online di Astro Go.

Bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming sama ada di platform SPOTVNow atau Sooka. Boleh saksikan menerusi laman web atau aplikasi mobile.

Advertisements

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Belanda vs England untuk saingan separuh akhir EURO 2024 yang berlangsung pada 11 Julai 2024, iaitu hari Khamis dengan mengikut waktu Malaysia.

FT : Belanda (1) – (2) England

  • Xavi Simons 7′
  • Harry Kane 18′ (P)
  • Ollie Watkins 90+1′

Masa : 3.00 Pagi
Venue : BVB Stadion, Dortmund
TV : SPOTV Stadia
Live Streaming : SPOTVNow, Sooka

*England berjaya mara ke final EURO 2024

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment