Jadual Siaran Langsung EURO 2024 & Keputusan Perlawanan

By aiman

Updated on:

EURO 2024

Selepas benua Asia menerusi Piala Asia, kini tumpuan dunia beralih kepada benua Eropah pula menerusi kejohanan berprestij iaitu UEFA EURO 2024 (European Football Championship) atau kita kenali juga sebagai Piala Eropah UEFA.

Disini dihimpunkan pasukan bola sepak kebangsaan terbaik seluruh Eropah dalam satu kejohanan dengan hanya satu tujuan untuk meraih gelaran juara dan membawa pulang trofi EURO untuk edisi tahun 2024.

Kejohanan UEFA EURO 2024

Kejohanan 4-tahun sekali ini kini sudah memasuki edisi ke-17 dan kali ini Jerman telah dipilih menjadi tuan rumah untuk kali ketiga dimana kali terakhir dimainkan di bumi Germany adalah pada tahun 2006.

Untuk EURO 2024 ianya akan berlangsung dari 15 hingga 14 Julai 2024 (tarikh Malaysia) dengan melibatkan 24 pasukan kesemunya. 10 venue atau stadium telah dipilih bagi mengadakan kesemua perlawanan.

Untuk rekod, Itali merupakan penyandang juara untuk edisi 2022 yang diadakan pada tahun 2021 apabila mengalahkan England dalam penentuan sepakan penalti. Germany dan Spain merupakan pasukan yang memenangi kejohonan ini paling banyak dengan masing-masing sebanyak 3 kali.

Pasukan Yang Bertanding Dalam EURO 2024 & Kumpulan

Selepas melalui beberapa peringkat kelayakan, kini sudah terjawab 24 pasukan yang akan bertanding dalam European Championship kali ini. Kesemua mereka telah diundi dalam 6 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan.

  • Group A : Jerman, Scotland, Hungary, Switzerland
  • Group B : Sepanyol, Croatia, Italy, Albania
  • Group C : Slovenia, Denmark, Serbia, England
  • Group D : Poland, Belanda, Austria, Perancis
  • Group E : Belgium, Slovakia, Romania, Ukrain
  • Group F : Turkey, Georgia, Portugal, Czech Republic

Tumpuan pastinya terarah kepada pasukan Perancis (France) yang telah meraih gelaran naib juara Piala Dunia FIFA 2022. Ini juga sekali gus menjadi calon antara pasukan bakal juara pada edisi EURO kali ini.

Format pertandingan akan dimainkan secara round-robin satu pusingan untuk peringkat kumpulan. Dua pasukan teratas akan bergerak ke peringkat kalah mati bersama empat pasukan terbaik di tempat ke-3.

Advertisements

Untuk peringkat kalah mati, ianya akan bermula di pusingan 16 terbaik. Akan dimainkan secara kalah mati satu perlawanan. Pasukan yang menang, akan ke suku akhir, separuh akhir dan akhirnya di final. Tiada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Siaran Langsung EURO 2024 (Live Streaming)

Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk menonton Kylian Mbappe di kaca tv. Jangan risau, anda boleh saksikan kesemua 51 perlawanan EURO 2024 secara langsung di Astro menerusi SPOTV Stadia di saluran 808 dan 809.

Untuk dapatkan saluran ini, anda boleh langgan Astro Sport Pack. Untuk yang tiada Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka. Boleh langgan EURO Pass dengan harga RM39.80 sahaja.

Berbeza untuk musim 2021 dimana beberapa perlawanan turut di tayangkan di saluran RTM. Tapi untuk tahun 2024, seperti yang diumumkan, tiada tayangan sebarang perlawanan EURO di RTM.

Jadual & Keputusan Perlawanan EURO 2024

Berikut merupakan jadual penuh bagi kesemua perlawanan EURO 2024 bermula pada peringkat kumpulan hingga final. Tarikh dan masa sepak mula perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia.

BACA JUGA : Kedukan Terkini Carta EURO 2024 Bagi Peringkat Kumpulan

Peringkat Kumpulan

15 Jun 2024 (Sabtu)

  • FT : Jerman (5) – (1) Scotland – 3.00 am
  • FT : Hungary (1) – (3) Switzerland – 9.00 pm

16 Jun 2024 (Ahad)

  • FT : Sepanyol (3) – (0) Croatia – 12.00 am
  • FT : Italy (2) – (1) Albania – 3.00 am
  • FT : Poland (1) – (2) Belanda – 9.00 pm

17 Jun 2024 (Isnin)

  • FT : Slovenia (1) – (1) Denmark – 12.00 am
  • FT : Serbia (0) – (1) England – 3.00 am
  • FT : Romania (3) – (0) Ukrain – 9.00 pm

18 Jun 2024 (Selasa)

  • Belgium (0) – (1) Slovakia – 12.00 am
  • Austria (0) – (1) Perancis – 3.00 am

19 Jun 2024 (Rabu)

  • FT : Turkiye (3) – (1) Georgia – 12.00 am
  • FT : Portugal (2) – (1) Czech Republic – 3.00 am
  • FT : Croatia (2) – (2) Albania – 9.00 pm

20 Jun 2024 (Khamis)

  • FT : Jerman (2) – (0) Hungary – 12.00 am
  • FT : Scotland (1) – (1) Switzerland – 3.00 am
  • FT : Slovenia (1) – (1) Serbia – 9.00 pm

21 Jun 2024 (Jumaat)

  • FT : Denmark (1) – (1) England – 12.00 am
  • FT : Sepanyol (1) – (0) Italy – 3.00 am
  • FT : Slovakia (1) – (2) Ukrain – 9.00 pm

22 Jun 2024 (Sabtu)

  • FT : Poland (1) – (3) Austria – 12.00 am
  • FT : Belanda (0) – (0) Perancis – 3.00 am
  • FT : Georgia (1) – (1) Czech Republic – 9.00 pm

23 Jun 2024 (Ahad)

  • FT : Turkiye (0) – (3) Portugal – 12.00 am
  • FT : Belgium (2) – (0) Romania – 3.00 am

24 Jun 2024 (Isnin)

  • FT : Switzerland (1) – (1) Germany – 3.00 am
  • FT : Scotland (0) – (1) Hungary – 3.00 am

25 Jun 2024 (Selasa)

  • FT : Albania (0) – (1) Spain – 3.00 am
  • FT : Croatia (1) – (1) Italy – 3.00 am

26 Jun 2024 (Rabu)

Advertisements
  • FT : Netherlands (2) – (3) Austria – 12.00 am
  • FT : France (1) – (1) Poland – 12.00 am
  • FT : England (0) – (0) Slovenia – 3.00 am
  • FT : Denmark (0) – (0) Serbia 3.00 am

27 Jun 2024 (Khamis)

  • FT : Slovakia (1) – (1) Romania – 12.00 am
  • FT : Ukrain (0) – (0) Belgium – 12.00 am
  • FT : Georgia (2) – (0) Portugal – 3.00 am
  • FT : Czech Republic (1) – (2) Turkiye – 3.00 am

Pusingan 16

30 Jun 2024 (Ahad)

  • FT : Switzerland (2) – (0) Itali – 12.00 am
  • FT : Jerman (2) – (0) Denmark – 3.00 am

1 Julai 2024 (Isnin)

  • AET : England (2) – (1) Slovakia – 12.00 am
  • FT : Sepanyol (4) – (1) Georgia – 3.00 am

2 Julai 2024 (Selasa)

  • FT : Perancis (1) – (0) Belgium – 12.00 am
  • AET : Portugal (0) – (0) Slovenia [Pen: 3-0] – 3.00 am

3 Julai 2024 (Rabu)

  • FT : Romania (0) – (3) Belanda – 12.00 am
  • FT : Austria (1) – (2) Turkiye – 3.00 am

Suku Akhir

6 Julai 2024 (Sabtu)

  • AET : Sepanyol (2) – (1) Jerman – 12.00 am
  • AET : Portugal (0) – (0) Perancis [Pen: 3-5] – 3.00 am

7 Julai 2024 (Ahad)

  • AET : England (1) – (1) Switzerland [Pen: 5-3] – 12.00 am
  • FT : Belanda (2) – (1) Turkiye – 3.00 am

Separuh Akhir

10 Julai 2024 (Rabu)

  • FT : Sepanyol (2) – (1) Perancis – 3.00 am

11 Julai 2024 (Khamis)

  • FT : Belanda (1) – (2) England – 3.00 am

Final

15 Julai 2024 (Isnin)

  • FT : Sepanyol (2) – (1) England – 3.00 am
JuaraSepanyol
Naib JuaraEngland
Tempat Ke-3 & Ke-4Belanda & Perancis

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post