Kini giliran kumpulan D pula untuk beraksi dalam pusingan ketiga EURO 2024 peringkat kumpulan dan antaranya adalah pertemuan Perancis vs Poland yang merupakan perlawanan pertama pada hari ini.
Pertemuan antara France dan Poland ini akan berlangsung pada 26 Jun 2024, iaitu hari Rabu bertempat di BVB Stadion Dortmund. Jika mengikut waktu Malaysia, sepak mula adalah pada jam 12.00 tengah malam.
BACA JUGA : Jadual Penuh Perlawanan EURO 2024
Dalam waktu yang sama juga, akan berlangsung satu lagi perlawanan dalam kumpulan yang sama iaitu antara Belanda dan Austria. Secara teorinya kesemua dalam kumpulan ini masih lagi berpeluang untuk layak ke peringkat kalah mati.
Akan tetapi untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya, untuk Perancis pastinya mereka inginkan kemenangan dalam pertemuan bertemu Poland. Slot juara dan naib juara tersebut merupakan tempat yang ingin diperoleh kali ini.
Jika mengikut mata yang berjaya dipungut sehingga kini iaitu 4 mata, Perancis hanya perlu keputusan seri sahaja untuk mengesahkan ke pusingan 16 terbaik. Manakala Poland pula tidak boleh tidak, perlu memenangi perlawanan ini untuk setidak-tidaknya menjadi antara empat pasukan terbaik di tempat ketiga.
Siaran Langsung Perancis vs Poland – Live Streaming
Selain daripada saingan kumpulan D, sebenarnya pada hari yang sama juga akan berlangsung perlawanan-perlawanan dalam kumpulan C iaitu pada perlawanan seterusnya; England vs Slovenia dan Denmark vs Serbia.
Jadi untuk penonton dan peminat bola sepak EURO 2024 di Malaysia, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung iaitu menerusi saluran SPOTV 2 Stadia (809) atau secara online di Astro Go untuk pengguna Astro.
Bagi bukan pengguna Astro, anda boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi platform Sooka. Hanya perlu langgan pas EURO 2024 dengan harga RM39.80 untuk sekali bayar sahaja. Boleh strim di website atau aplikasi
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan antara France vs Poland yang akan berlangsung pada 26 Jun 2024, hari Rabu bertempat di BVB Stadion Dortmund dengan waktu sepak mula pada jam 12.00 tengah malam waktu Malaysia.
FT : Perancis (1) – (1) Poland
- Kylian Mbappe 56′
- Robert Lewandowski 79′
Masa : 12.00 am (MYT)
Venue : BVB Stadion Dortmund
Tayangan TV : SPOTV 2 Stadia (809)
Live Streaming : Sooka