Siaran Langsung Sepanyol vs Perancis EURO 2024 (Live Streaming)

By aiman

Updated On:

Follow Us
spain vs france

Perlawanan EURO 2024 semakin lama semakin menarik terutamanya apabila sampai ke penghujung. Kali ini kita bakal dapat saksikan pertemuan Sepanyol vs Perancis untuk saingan peringkat separuh akhir.

Seperti yang dijadualkan untuk semi final ini, ianya akan berlangsung pada 10 Julai 2024, bersamaan pada hari Rabu dengan waktu sepak mula pada jam 3.00 pagi. Ianya dimainkan di Stadium Arena, Munchen. Masa tersebut adalam mengikut waktu Malaysia.

BACA JUGA : Jadual Penuh EURO 2024

Pasti ramai yang berkata, sepatutnya pertemuan ini berlangsung pada final. Barulah gah saingan EURO yang mana menjadi antara kejohanan terbesar dan paling popular selepas Piala Dunia FIFA. Tetapi mereka bertemu lebih awal nampaknya.

Perjalanan Sepanyol Dalam EURO 2024

Jika dilihat prestasi semasa, Spain menjadi pasukan feveret untuk menjuarai perlawanan ini. Manakan tidak, mereka masih mengekalkan rekod bersih sejak awal saingan apabila tidak pernah tewas mahupun meraih keputusan seri.

Diundi dalam kumpulan B yang juga kumpulan maut, tetapi berjaya menghadapinya dengan memperoleh mata maksimum iaitu sebanyak 9 mata. Berjaya menumpaskan penyandang juara Itali dan Croatia dalam pasukan tersebut.

Iklan Disini

Kemudian di peringkat 16 terbaik, juga beraksi hebat apabila menidakkan Georgia yang menjadi pasukan underdog yang perlu dipandang. Tetapi terpaksa akur selepas ditunjuk jalan keluar oleh Sepanyol.

Tidak cukup dengan itu, Sepanyol menunjukkan kehebatan mereka lagi, apabila menumpaskan tuan rumah, Jerman dengan keputusan 2-1 selepas masa tambahan. Kini mereka akan berhadapan dengan sebuah pasukan di ranking ke-2 dunia iaitu France di pusingan separuh akhir.

Perjalanan France Di EURO 2024

Meskipun berada di rangking kedua tertinggi dunia, tetapi Perancis sepertinya tidak beraksi seperti rangking mereka dalam kejohanan edisi kali ini. Meskipun begitu, keajaiban berlaku yang mana mereka kini di pusingan separuh akhir.

Meskipun menjadi antara pasukan feveret untuk EURO 2024 kali ini, tetapi dalam saingan di peringkat kumpulan, mereka hanya berjaya menamatkan saingan sebagai naib juara, dibelakang Austria. Menang sekali dan seri dua kali.

Di pusingan 16 terbaik, Perancis berjaya menumpaskan Belgium dengan keputusan tipis 1-0. Manakala di pusingan suku akhir, mereka hanya menang ke atas Portugal menerusi penentuan sepakan penalti yang mana nasib menyebelahi mereka.

Paling menarik sekali sebenarnya, sepanjang perjalanan pasukan Perancis di EURO 2024, mereka tidak pernah lagi menjaringkan gol secara open play. Dua gol adalah gol sendiri dan satu gol menerusi sepakan penalti. Tetapi mereka di semi final. Hebat!

Siaran Langsung Sepanyol vs Perancis EURO 2024 โ€“ Live Streaming

Pasti ramai yang ingin bersengkang mata untuk menonton perlawanan terhebat ini antara Sepanyol dan Perancis pada hari perlawanan nanti. Menyaksikan sendiri kedua-dua pasukan beraksi dan mengetahui pasukan mana yang layak ke final.

Jadi untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung, anda boleh tonton di SPOTV Stadia (808) di saluran Astro. Jika tiada Astro, anda boleh saksikan secara live streaming sama ada di aplikasi SPOTVNow atau aplikasi Sooka.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan perlawanan antara Sepanyol vs Perancis dalam saingan separuh akhir EURO 2024 yang berlangsung pada 10 Julai 2024, hari Rabu. Tarikh dan masa perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia.

Iklan Disini

FT : Sepanyol (2) โ€“ (1) Perancis

  • Randal Kolo Muani 9โ€ฒ
  • Lamine Yamal 21โ€ฒ
  • Dani Olmo 25โ€ฒ

Masa : 3.00 Pagi
Venue : Stadium Arena, Munchen
Tayangan TV : SPOTV Stadia
Live Streaming : SPOTVNow, Sooka

*Sepanyol layak ke final EURO 2024

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment