EURO 2024: Siaran Langsung England vs Slovenia (Live Streaming)

By aiman

Updated on:

england vs slovenia

Satu lagi perlawanan tumpuan untuk hari ini adalah pertemuan antara England vs Slovenia dimana akan berlangsung pada 26 Jun 2024, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada pukul 3.00 pagi waktu Malaysia.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Cologne ini pastinya meriah dengan kedua-dua pasukan terutamanya bagi pasukan England yang mempunyai fans yang tersendiri dan fanatik lebih-lebih lagi melibatkan pasukan kebangsaan mereka.

BACA JUGA : Jadual Penuh Perlawanan EURO 2024

Advertisements

Setakat dua perlawanan dalam kumpulan C ini, England sudah menang sekali dan seri sekali, sekali gus mengutip 4 mata. Manakala Slovenia hanya peroleh 2 mata sahaja hasil daripada keputusan seri sebanyak dua kali.

Secara teorinya, keempat-empat pasukan dalam kumpulan ini masih berpeluang untuk layak ke peringkat kalah mati. Akan tetapi untuk England, pastinya mereka inginkan kedudukan juara dan naib juara tersebut, supaya dapat melayakkan diri secara automatik.

England hanya perlu seri sahaja untuk meraih spot sekurang-kurangnya sebagai naib juara kumpulan. Untuk Slovenia, mereka perlu menang atau seri. Jika tidak berjaya sebagai naib juara sekalipun, menjadi empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

Sejarah Pertemuan Kedua-dua Pasukan

Jika mengikut sejarah pertemuan head-to-head untuk kedua-dua pasukan, sejak tahun 2014, kesemua perlawanan adalah memihak kepada England dengan meraih tiga kemenangan dan empat pertemuan.

Slovenia hanya pernah mengikat England tanpa jaringan pada tahun 2016 dalam kempen kelayakan Piala Dunia. Jadi jika mengikut statistik tersebut, England sepertinya tidak berdepan masalah untuk menang terhadap Slovenia.

Siaran Langsung England vs Slovenia – Live Streaming

Perlawanan terakhir untuk group C ini, ianya akan berlangsung serentak untuk kedua-dua perlawanan. Selain England dan Slovenia, akan juga berlangsung Denmark vs Serbia yang pastinya di venue yang berbeza.

Advertisements

Jadi untuk penonton di Malaysia, jika anda ingin menonton siaran langsung perlawanan ini, anda boleh saksikan saluran Astro di SPOTV Stadia (808) atau boleh juga live streaming di platform Sooka sama ada laman web atau aplikasi mobile.

Keputusan Perlawanan

Ini merupakan keputusan perlawanan EURO 2024 antara England vs Slovenia dalam peringkat kumpulan yang berlangsung pada 26 Jun 2024, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada pukul 3.00 pagi waktu Malaysia

FT : England (0) – (0) Slovenia

Masa : 3.00 am (MYT)
Venue : Stadium Cologne
Tayangan TV : SPOTV Stadia (808)
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment