Siaran Langsung Live Streaming Croatia vs Italy EURO 2024

By aiman

Updated on:

croatia vs italy

Kejohanan EURO 2024 kini sudah memasuki perlawanan ketiga bagi setiap kumpulan dan antara yang berlangsung kali ini adalah pertemuan antara Croatia vs Italy. Mesti best game ni nanti.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 25 Jun 2024, hari Selasa bertempat di Stadium Leipzig dengan waktu sepak mula pada jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

BACA JUGA : Jadual Penuh EURO 2024

Ini sudah tentu menjadi perlawanan tumpuan untuk waktu ini. Kedua-dua pasukan, Croatia dan Itali masing-masing mempunyai misi yang sama iaitu untuk mara ke peringkat seterusnya.

Advertisements

Setakat ini, dalam kumpulan B hanya Sepanyol sahaja yang telah mengesahkan slot ke Round of 16, manakala satu lagi pasukan akan ditentukan pada 23 Jun ini. Juga terdapat Albania vs Spain.

Pasukan Manakah Yang Layak Ke Peringkat Seterusnya?

Ketika ini, Italy sudah mengumpul 3 mata, manakala Croatia hanya 1 mata sahaja. Jika mengikut perkiraan, Itali hanya perlu keputusan seri sahaja, manakala Croatia tidak boleh tidak perlu menang perlawanan ini.

Akan tetapi, ianya semua juga bergantung kepada keputusan antara Albania dan Spain. Sekiranya Albania menang, mungkin sukar untuk Itali jika mereka meraih keputusan seri.

Oleh itu, Itali seharunya perlu menang perlawanan menentang Croati untuk layak ke peringkat seterusnya. Tetapi Croatia juga pastinya mempunyai azam yang sama untuk menang.

Siaran Langsung Croatia vs Italy

Jadi nak tahu pasukan manakah yang akan mara ke peringkat kalah mati nanti. Adakah Croatia atau Italy? Jangan lupa untuk saksika perlawanan ini secara langsung di kaca tv.

Bagi peminat pasukan Itali dan Croatia yang berada di Malaysia, anda boleh saksikan perlawanan ini menerusi saluran SPOTV 2 Stadia (809) atau secara online di Astro Go.

Advertisements

Bagi yang ingin menonton secara live streaming, anda boleh strim secara online di platform Sooka sama ada laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas EURO dengan harga RM39.80.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Croatia vs Italy bagi aksi ketika peringkat kumpulan di EURO 2024 pada 25 Jun ini bertempat di Stadium Leipzig.

FT : Croatia (1) – (1) Italy

  • Luka Modric 55′
  • Mattia Zaccagni 90+8′

Masa : 3.00 pagi (MYT)
Venue : Stadium Leipzig
Tayangan TV : SPOTV 2 Stadia 809
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment