Asmaul Husna : Senarai 99 Nama Allah Dan Maksudnya

By aiman

Published on:

asmaul husna 99 nama allah

Dalam Islam, Asmaul Husna adalah merujuk kepada 99 nama Allah yang indah, mulia dan agung dimana ianya ditemui di dalam Al-Quran atau melalui lisan Rasullullah melalui hadis.

Sebagai muslim, memahami tentang Asmaul Husna tidak hanya untuk sekadar pengetahuan sahaja, tetapi adalah untuk memahami lebih mendalam tentang kebesaran dan sifat-sifat Allah.

Advertisements

Apa Itu Asmaul Husna

Dari segi bahasa, Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang indah, baik dan mulia sesuai dengan sifat-sifatNya. Terdapat 99 nama Allah yang disebutkan seperti di dalam hadis: ri

Dari Abu Huraira R.A, di mana Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةً إِلا وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya“Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang menghitungnya, dia masuk syurga.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sebagai umat Islam, sangat penting untuk kita mengetahui dan memahai setiap 99 nama Allah SWT bagi meningkatkan ketaqwaan serta mendekatkan diri kepada Sang Pencipta dan terus membesar-besarkanNya.

asmaul husna 99 nama allah

Senarai 99 Nama Allah (Asmaul Husna)

Berikut merupakan senarai 99 nama Allah atau dipanggil Asmaul Husna dalam bahasa Arab, tulisan rumi dan maknanya.

Advertisements
No.ArabNamaMakna
1اللهAllahAllah
2الرحمنal-RaḥmanYangMaha Pengasih
3الرحيمal-RaḥimYang Maha Penyayang
4الملكal-MalikYang Maha Berkuasa
5القدوسal-QuddusYang Maha Suci
6السلامal-SalamYang Maha Sejahtera
7المؤمنal-MukminYang Maha Mengamankan
8المهيمنal-MuhaiminYang Maha Mengawal
9العزيزal-AzizYang Maha Berkuasa dan Perkasa
10الجبارal-JabbarYang Maha Perkasa
11المتكبرal-MutakabbirYang Maha Memiliki Segala Kebesaran
12الخالقal-KhaliqYang Maha Pencipta Sekalian Makhluk
13البارئal-BarikYang Maha Pencipta Makhluk
14المصورal-MuṣawwirYang Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15الغفارal-GhaffarYang Maha Mengampuni
16القهارal-QahharYang Maha Gagah Perkasa
17الوهابal-WahhabYang Maha Pemberi
18الرزاقal-RazzaqYang Maha Memberi Rezeki
19الفتاحal-FattaḥYang Maha Pembuka
20العليمal-AlimYang Maha Mengetahui
21القابضal-QabiḍYang Maha Pengekang
22الباسطal-BasiṭYang Maha Melapangkan
23الخافضal-KhafiḍYang Maha Merendahkan Darjat
24الرافعal-RafikYang Maha Meninggi­kan Darjat
25المعزal-MuizYang Maha Memuliakan
26المذلal-MuzilYang Maha Menghina Musuh-Nya
27السميعal-SamikYang Maha Mendengar
28البصيرal-BaṣirYang Maha Melihat
29الحكمal-ḤakamYang Maha Menentukan Hu­kum­­an
30العدلal-AdlYang Maha Adil
31اللطيفal-LaṭifYang Maha Lemah Lembut
32الخبيرal-KhabirYang Maha Mengetahui Rahsia
33الحليمal-ḤalimYang Maha Penyantun
34العظيمal-AẓimYang Maha Agung
35الغفورal-GhafurYang Maha Sedia Mengampuni
36الشكورal-SyakurYang Maha Meng­gandakan Balasan
37العليal-AliYang Maha Tinggi
38الكبيرal-KabirYang Maha Besar
39الحفيظal-ḤafiẓYang Maha Memelihara
40المقيتal-MuqitYang Maha Pemberi Kecukupan
41الحسيبal-ḤasibYang Maha Menghitung
42الجليلal-JalilYang Maha Memiliki Sifat Ke­agung­an
43الكريمal-KarimYang Maha Mulia
44الرقيبal-RaqibYang Maha Mengawasi
45المجيبal-MujibYang Maha Memakbulkan
46الواسعal-WasikYang Maha Luas Ilmu
47الحكيمal-ḤakimYang Maha Bijaksana
48الودودal-WadudYang Maha Pencinta
49المجيدal-MajidYang Maha Sempurna
50الباعثal-BaisYang Maha Membangkitkan Manusia
51الشهيدal-SyahidYang Maha Me­nyak­sikan Segala Kebenaran
52الحقal-ḤaqYang Maha Benar
53الوكيلal-WakilYang Maha Pelindung
54القويal-QawiYang Maha Berkuasa
55المتينal-MatinYang Maha Teguh KekuatanNya
56الوليal-WaliYang Maha Memberikan Per­tolong­an
57الحميدal-ḤamidYang Maha Layak Menerima Pujian
58المحصيal-MuḥṣiYang Maha Mengira
59المبدئal-MubdikYang Maha Memulakan Sesuatu
60المعيدal-MuidYang Maha Mengem­balikan CiptaanNya
61المحييal-MuḥyiYang Maha Menghidupkan
62المميتal-MumitYang Maha Mematikan
63الحيal-ḤaiYang Maha Hidup
64القيومal-QayyumYang Maha Berdiri Sendiri
65الواجدal-WajidYang Maha Menemukan
66الماجدal-MajidYang Maha Mulia
67الواحدal-WaḥidYang Maha Esa
68الصمدal-ṢamadYang Maha Tunggal
69القادرal-QadirYang Maha Berkuasa
70المقتدرal-MuqtadirYang Maha Berkuasa Me­nentu­kan Sesuatu
71المقدمal-MuqaddimYang Maha Mendahulukan
72المؤخرal-MuakhirYang Maha Mengakhirkan
73الأولal-AwwalYang Maha Yang Awal
74الآخرal-AkhirYang Maha Yang Akhir
75الظاهرal-ẒahirYang Menzahirkan Kewujudan
76الباطنal-BaṭinYang Menyembunyikan Kewujud­an
77الواليal-WaliYang Maha Memiliki
78المتعاليal-MutaaliYang Maha Tinggi dan Suci
79البرal-BarYang Menjadi Sumber Kebaikan
80التوابal-TawwabYang Sentiasa Menerima Taubat
81المنتقمal-MuntaqimYang Membalas Dengan Seksa
82العفوal-AfuYang Maha Pemaaf
83الرؤوفal-RaufYang Maha Pemberi Kasih Sayang
84مالك الملكMalik al-MulkPemilik Mutlak Segala Kekuasaan
85ذو الجلال والإكرامZu al-Jalal wa al-IkramYang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan
86المقسطal-MuqsiṭYang Maha Adil dan Saksama
87الجامعal-JamikYang Maha Penghim­pun
88الغنيal-GhaniYang Maha Kaya
89المغنيal-MughniYang Maha Pemberi Kekayaan
90المانعal-ManikYang Maha Menegah
91الضارal-ḌarYang Mendatangkan Kemudaratan
92النافعal-NafikYang Memberikan Ke­bai­kan
93النورal-NurCahaya Yang Menerangi
94الهاديal-HadiYang Memberi Hidayah
95البديعal-BadikYang Maha Mencipta­kan Sesuatu
96الباقيal-BaqiYang Berkekalan
97الوارثal-WarisMaha Pewaris
98الرشيدal-RasyidYang Memberi Pe­tun­juk
99الصبورal-ṢaburYang Maha Penyabar

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman dalam mengamalkan agama Islam dan mengetahui tentang Asmaul Husna : 99 nama Allah.

Sumber : Mufi Wilayah Persekutuan

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment