Badminton Paralimpik Paris 2024 merupakan antara salah satu sukan yang menjadi harapan negara bagi melengkapkan misi 10 emas secara keseluruhan dalam temasya kali ini. Olimpik sudah berakhir, kini fokus kepada sukan Paralimpik.
Bandar Paris sekali lagi akan bercahaya apabila giliran temasya Paralimpik pula akan berlangsung. Sukan Paralympic yang mengfokuskan kepada atlet kurang upaya kini sudah memasuki edisi ke-17 dan seperti biasa selepas Olimpik, tempat yang sama juga mengadakan sukan Paralimpik.
BACA JUGA : Info Penuh Malaysia Di Paralimpik Paris 2024
Malaysia tidak ketinggalan menjadi antara pasukan negara yang mengambil bahagian dalam temasya Olimpik Paris kali ini. Seramai 30 atlet negara yang bakal beraksi sepanjang kejohanan dengan melibatka lapan jenis sukan.
Untuk edisi kali ini, Malaysia mensasarkan 4 emas yang mana ingin melengkapkan 10 pingat emas secara keseluruhan yang diperoleh sejak Paralimpik Rio 2016 iaitu 3 emas dan di Tokyo juga dengan 3 emas.
Atlet Malaysia Dalam Badminton Paralimpik Paris 2024
Untuk sukan badminton Paralimpik Paris, sebanyak 10 pingat emas yang dipertandingkan dalam 10 acara iaitu melibatkan perseorangan dan beregu yang mana berlangsung dari 29 Ogos hingga 2 September 2024 bertempat di Arena Porte de La Chapelle.
Daripada 30 atlet Malaysia keseluruhan, untuk sukan badminton sahaja terdapat 5 wakil negara yang mana menyertai 4 acara termasuk untuk kerusi roda (Wheelchair) yang hanya melibatkan atlet lelaki sahaja iaitu :
- Muhammad Fareez Anuar (SU5) – Standing Upper
- Noor Azwan Bin Noorlan (WH2) – Wheelchair
- Mohd Amin Burhanuddin (SL4) – Standing Lower
- Cheah Liek Hao (SU5) – Standing Upper
- Muhammad Ikhwan Ramli (WH1) – Wheelchair
Format sukan para badminton sama seperti normal badminton dimana dimainkan 3 perlawanan dan pemain yang menang 2 daripadanya, dinobatkan secara pemenang. Kiraan 21 juga digunakan. Perlawanan bermula daripada peringkat kumpulan sehingga ke kalah mati.
Undian Peringkat Kumpulan Untuk Atlet Malaysia
Untuk kategori SU5 Lelaki dalam sukan badminton Paralimpik Paris kali ini, terdapat 2 kumpulan iaitu A dan B. Hanya juara dan naib juara layak ke peringkat kalah mati. Berikut merupakan pemain dalam setiap kumpulan:
- Kumpulan A – Cheah Liek Hou (MAS), Martlomiej Mroz (POL), Suryo Nugroho (INA), Meril Loquette (FRA)
- Kumpulan B – Fang Jen Yu (TPE), Muhammad Fareez Anuar (MAS), Taiyo Imai (JPN), Dheva Anrimusthi (INA)
Untuk kategori SL4 Lelaki, terdapat 4 kumpulan yang terdiri daripada 3 pemain pada setiapnya. Hanya juara bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati di separuh akhir:
- Kumpulan B – Mhd Amin Burhanuddin (MAS), Sukant Kadam (IND), Siripong Teamarrom (THA)
Untuk kategori WH1-WH2 Beregu Lelaki, ianya dimainkan secara kalah mati bermula di pusingan separuh akhir. Regu yang menang, akan terus beraksi di final bagi penentuan pingat emas.
Kategori WH1 Lelaki pula akan bermula di peringkat kumpulan. Terdapat 3 kumpulan dengan 3 pemain bagi setiap daripadanya. Muhammad Ikhwan Ramli berada dalam kumpulan B bersama Jeong Jaegun (KOR) dan Qu Zi Mo (CHN).
Manakala untuk WH2 Lelaki diwakili oleh Noor Azwan Bin Noorland yang telah diundi dalam kumpulan D bersama Jaime Aranguiz (CHI) dan Chan Ho Yuen (HKG).
Siaran Langsung Badminton Paralimpik Paris 2024 – Live Streaming
Secara keseluruhan, RTM merupakan satu-satunya penyiar rasmi bagi temasya Paralimpik Paris 2024 di Malaysia. Jadi orang ramai boleh menyaksikannya secara langsung menerusi TV Okey dan Sukan RTM.
Selain itu, penonton juga boleh tonton secara live streaming di RTM Klik. Sama seperti pada Olimpik yang lalu, kali ini juga, RTM ada menyediakan 6 saluran khas yang mana anda boleh akses di https://paris2024.rtm.gov.my/.
Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh saksikan pelbagai aksi sukan dalam Paralimpik Paris kali ini secara rasmi di laman youtube Paralympic Games di https://www.youtube.com/@paralympics/ secara percuma.
Jadual Dan Keputusan Badminton Paralimpik Paris 2024 Untuk Kontinjen Malaysia
Berikut merupakan jadual perlawanan badminton Paralimpik Paris yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja. Disini juga anda boleh dapatkan keputusan yang mana akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
*Tarikh dan masa perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia
29 Ogos 2024 (Khamis)
[PERINGKAT KUMPULAN]
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Cheah Liek Hou (MAS) | 21 | 21 | – |
Bartlomiej Mroz (POL) | 10 | 6 | – |
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Fang Jen Yu (TPE) | 14 | 18 | – |
M Fareez Anuar (MAS) | 21 | 21 | – |
[MS] Perseorangan Lelaki – SL4 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Mhd Amin Burhanuddin (MAS) | 21 | 15 | 20 |
Sukant Kadam (IND) | 17 | 21 | 22 |
[MD] Beregu Lelaki – WH1/WH2 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Noor Azwan/Muhammad Ikhwan (MAS) | 21 | 13 | 16 |
D Kajiwara/H Murayama (JPN) | 17 | 21 | 21 |
30 Ogos 2024 (Jumaat)
[PERINGKAT KUMPULAN]
[MS] Perseorangan Lelaki – SL4 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Mhd Amin Burhanuddin (MAS) | 21 | 22 | – |
Siripong Teammarrom (THA) | 14 | 20 |
[MD] Beregu Lelaki – WH1/WH2 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Noor Azwan/Muhammad Ikhwan (MAS) | 16 | 6 | – |
Mai Jianpeng/Qu Zi Mo (CHN) | 21 | 21 | – |
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Muhammad Fareez Anuar (MAS) | 14 | 21 | 21 |
Dheva Anrimusthi (INA) | 21 | 19 | 19 |
[MS] Perseorangan Lelaki – WH1 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Muhammad Ikhwan Ramli (MAS) | 23 | 21 | 13 |
Jeong Jaegun (KOR) | 25 | 17 | 21 |
[MS] Perseorangan Lelaki – WH2 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Jaime Aranguiz (CHI) | 21 | 21 | – |
Noor Azwan Noorlan (MAS) | 15 | 13 | – |
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Cheah Liek Hou (MAS) | 21 | 21 | – |
Meril Loquette (FRA) | 10 | 16 | – |
31 Ogos 2024 (Sabtu)
[PERINGKAT KUMPULAN]
[MD] Beregu Lelaki – WH1/WH2 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Nor Azwan [2]/Muhammad Ikhwan (MAS) | 21 | 21 | – |
Rick Cornell/Thomas Wandschneider (GER) | 19 | 17 | – |
[MD] Perseorangan Lelaki – WH1 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Muhammad Ikhwan Ramli [3] (MAS) | 7 | 4 | – |
Qu Zi Mo (CHN) | 21 | 21 | – |
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Muhammad Fareez Anuar (MAS) | 17 | 21 | 21 |
Imai Taiyo (JPN) | 21 | 17 | 17 |
[MS] Perseorangan Lelaki – WH2 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Chan Ho Yuen (HKG) | 21 | 21 | – |
Noor Azwan Noorlan (MAS) | 11 | 11 | – |
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Cheah Liek Hou (MAS) | 21 | 21 | – |
Suryo Nugroho (INA) | 10 | 13 | – |
1 September (Ahad)
[SEPARUH AKHIR]
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Cheah Liek Hou (MAS) | 21 | 21 | – |
Dheva Anrimusthi (INA) | 17 | 17 | – |
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 [3.40 am] | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Suryo Nugroho (INA) | 21 | 14 | 21 |
Muhammad Fareez Anuar (MAS) | 12 | 21 | 6 |
2 September (Selasa)
[PERLAWANAN PINGAT GANGSA]
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Dheva Anrimusthi (INA) | 17 | 21 | 21 |
Muhammad Fareez Anuar (MAS) | 21 | 19 | 12 |
[FINAL – PERLAWANAN PINGAT EMAS]
[MS] Perseorangan Lelaki – SU5 | Set 1 | Set 2 | Set 2 |
Cheah Liek Hou (MAS) | 21 | 21 | – |
Suryo Nugrogo (INA) | 13 | 15 | – |
Untuk dapatkan jadual badminton Paralimpik Paris penuh yang melibatkan perlawanan lain, anda boleh rujuk laman web rasmi Paralimpik Paris 2024 disini.