Paralimpik Paris 2024 : Senarai Atlet Malaysia, Jenis Sukan, Info Siaran Langsung (Live Streaming)

By aiman

Published on:

malaysia di paralimpik paris 2024

Bandar Paris sekali lagi akan bercahaya apabila bakal berlangsung temasya sukan Paralimpik Paris 2024. Akan tetapi kali ini, acara sukan hanya mengfokuskan kepada atlet-atlet kurang upaya sahaja yang juga disertai oleh seluruh dunia.

Sukan Paralimpik Paris akan berlangsung secara rasmi selama 11 hari iaitu bermula 29 Ogos higga 8 September 2024 (mengikut waktu Malaysia). Acara pembukaan berlangsung pada hari pertama sebelum bermula mana-mana acara.

Kontinjen Malaysia Di Paralimpik Paris 2024

Untuk sukan Paralimpik edisi ke-17 ini, Malaysia sekali lagi akan bersaing bagi menjadi antara negara yang berada di atas podium bagi merebut pingat emas bagi setiap acara yang disertai sepanjang temasya berlangsung.

Paris kini bakal menjadi saksi apabila kali pertama Malaysia menghantar kontinjen yang besar iaitu melibatkan 30 atlet kesemuanya. Merekan akan menggalas cabaran dalam 8 jenis sukan yang disertai untuk memburu misi utama, meraih pingat emas.

Advertisements

Jika pada edisi Rio, Malaysia membawa 3 emas. Diikuti dengan Tokyo, juga dengan 3 pingat emas. Untuk Paralimpik Paris, kerajaan menetapkan untuk melengkapkan 10 emas kesemuanya dengan mencari lagi 4 emas di temasya kali ini.

paralimpik paris 2024

Senarai Pemenang Pingat Atlet Sukan Paralimpik Malaysia

Berikut merupakan senarai atlet Paralimpik Malaysia yang pernah memenangi pingat dalam temasya Paralimpik untuk edisi-edisi sebelumnya:

Seoul 1988

  • Gangsa – Mariappan Perumal (Angkat Berat)

Barcelona 1992

  • Perak – Cheok Ko Fatt (Angkat Berat)
  • Gangsa – Mariappan Perumal (Angkat Berat)
  • Gangsa – Mohamad Khasseri Othman (Lompat Tinggi)

Beijing 2008

  • Gangsa – Siow Lee Chan (Powerlifting)

London 2012

  • Perak – Hasihin Sanawi (Memanah)
  • Gangsa – Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru F20)

Rio de Janeiro 2016

  • Emas – Mohamad Ridzuan Puzi (100m T36)
  • Emas – Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru F20)
  • Emas – Abdul Latif Romly (Lompat Jauh T20)
  • Gangsa – Siti Noor Radiah Ismail (Lompat Jauh T20)

Tokyo 2020

  • Emas – Cheah Liek Hou (Badminton)
  • Emas – Abdul Latif Romly (Lompat Jauh T20)
  • Emas – Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting)
  • Perak – Jong Yee Khie (Powerlifting)
  • Perak – Chew Wei Lun (Boccia)

Senarai Atlet Malaysia Di Paralimpik 2024

Berikut merupakan senarai 30 atlet Paralimpik Malaysia yang bersaing dalam Paralimpik Paris 2024 dalam lapan jenis sukan:

Advertisements

Olahraga

  1. Muhammad Nazmi Nasri (Lompat Jauh)
  2. Datuk Abdul Latif Romly (Lompat Jauh)
  3. Jonathan Wong Kar Gee (Lompat Jauh)
  4. Eddy Bernard (100m Lelaki)
  5. Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru)
  6. Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi (400m Lelaki)

Memanah

  1. Suresh Selvathamby
  2. Nur Jannaton Abdul Jalil
  3. Daneshen Govinda Rajan

Badminton

  1. Mohd Amin Burhanuddin
  2. Cheah Liek Hou
  3. Muhammad Fareez Anuar
  4. Muhammad Ikhwan Ramli
  5. Noor Azwan Noorlan

Boccia

  1. Lee Chee Hoong (Boccia)
  2. Abdul Razzaq Abdul Rahman
  3. Noor Askuzaimey Mat Salim

Berbasikal

  1. Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
  2. Muhammad Adi Raimie Amizazahan
  3. Nur Suraiya Muhamad Zamri
  4. Farina Shawati Mohd Adnan – Pilot
  5. Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
  6. Nurul Suhada Zainal – Pilot

Angkat Berat

  1. Nicodemus Manggoi Moses (Powerlifting)
  2. Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting)
  3. Jong Yee Khie (Powerlifting)

Renang

  1. Muhammad Imaan Aiman
  2. Muhammad Nur Syaiful Zulkafli

Tenis Kerusi Roda

  1. Abu Samah Borhan
  2. Mohamad Yusshazwan Yusoff

Jadual Atlet Malaysia Di Paralimpik Paris 2024

Untuk dapatkan jadual harian khususnya melibatkan atlet-atlet Malaysia, anda boleh layari laman web rasmi Sukan Paralimpik Paris 2024 di https://olympics.com/en/paris-2024/paralympic-games/schedule/malaysia.

BACA JUGA : Jadual Penuh Atlet Malaysia Di Sukan Badminton Paralimpik Paris 2024

Info Siaran Langsung Paralimpik Paris 2024 Dan Live Streaming

Untuk edisi kali ini, hanya RTM sahaja yang dilantik sebagai penyiar rasmi kejohanan. Tiada tayangan di Astro. Jadi anda boleh saksikan secara langsung di kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM.

Untuk tontonan secara live streaming, boleh menggunakan platform RTM Klik sama ada di laman web atau aplikasi mobile secara percuma. Seperti di Olimpik juga, RTM turut menyediakan 6 saluran khas yang anda boleh strim secara percuma setiap hari di https://paris2024.rtm.gov.my/.

Bukan itu sahaja, anda juga turut boleh saksikan temasya Paralimpik Paris 2024 di laman youtube iaitu menerusi channel Paralympic Games juga secara percuma. Anda boleh pergi ke youtube di https://www.youtube.com/@paralympics

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment